`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, August 26, 2014

UCAPAN MENTERI BESAR UMNO ANTARA YANG PALING LAWAK GRED TERTINGGI.



SEREMBAN: Pengerusi Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, adalah tidak mustahil Singapura akan bergabung kembali dengan Malaysia sekiranya perjuangan Umno yang dibanggakan orang Melayu menemui titik noktah dan sekiranya kuasa politik dan pemerintahan negara tidak lagi dimiliki Umno. 

“Kita jamin, selepas tiga hari pembangkang menang dan kerajaan baru ditubuhkan, mereka akan mengadakan mesyuarat kabinet pertama.


“Agenda sulung mereka adalah membawa kembali Singapura menyertai negara ini.


“Penggabungan itu tidak memerlukan pindaan perlembagaan, tetapi hanya memerlukan kelulusan jemaah menteri, sama seperti ketika Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ‘membuang’ Singapura,” katanya.


Mohamad berkata demikian ketika ucapan perasmian Persidangan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Rembau 2014; bertempat di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, semalam.


Mohamad yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berkata, penggabungan itu bakal menyaksikan kemasukan 89 kerusi Parlimen yang semuanya tidak menyokong orang Melayu.


“Carilah bagaimana cara untuk kita menandingi 89 kerusi Parlimen tersebut yang akan masuk bagaikan air sungai melimpah melepasi benteng dan akan membanjiri negara ini.


“Pada saat itu kita akan jadi orang yang tidak mempunyai hala tuju, di mana orang Melayu akan hancur kerana kehilangan tonggak dan tempat bergantung hidup.


“Riwayat orang Melayu akan tamat dengan berakhirnya Umno kerana untuk mengambil alih semula pemerintahan negara pada masa itu, ibarat ‘jauh panggang dari api’.


”Kita tidak akan mampu lagi untuk mengadakan parlimen-parlimen yang pro kepada orang Melayu.


“Jadi sebelum ini berlaku, mari kita lakukan gerak kerja dan pastikan Umno kekal sebagai pemegang warisan, agar maruah orang Melayu akan terus terbela,” kata beliau.

ULASAN OMAK KAU:-

Nampak gayanya Hasan Malek yang juga dari Negeri Sembilan sudah ada pesaing sengit untuk merebut takhta menteri yang paling lawak tahap gaban mengeluarkan kenyataan... jenis cakap semborono yang cuba memperlekehkan kebijaksanaan rakyat.

Woit!!!! Mat Hasan .. lu ingat Singapura kelapaq ke nak masuk Malaysia?????? .. Kau ingat jemput negara luar menjadi salah satu dari negeri di malaysia mudah sebegitu sekali ke????

Kok yo pun nak cakap bangang ... janganlah cakap terlampau bangang .. atau memang sengaja cakap sebangang begini sebab berucap didepan perwakilan gred-gred bangang belaka????

Patutlah namanya disebut-sebut salah seorang Menteri Besar UMNO yang bakal kena terajang .. bukan apa .. bangang amek!!!!!

Ikut hukum akal logik ... kalau dah pemimpin nombor satu UMNO di Negeri Sembilan dah bercakap macam ini punyan bangang .. tidak dapat bayangkan pemimpin-pemimpin UMNO peringkat bahagian dan cawangan ... JKKK jangan cakaplah!!!!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.