`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, September 5, 2014

REMAJA MAUT TERKENA RENJATAN ELEKTRIK DARI ALAT PEMANAS AIR


Singapura - Seorang warga negara Singapura, Greogary Ng, 18 maut terkena renjatan elektrik yang dipercayai dari alat pemanas mandiannya di flat Hougagng Aveenue 3, Singapura.

Menurut laporan dari stomp.com, kejadian itu disedari oleh keluarga mangsa yang mendengar mangsa menjerit kesakitan selepas masuk ke kamar mandi.

Setelah terdengan jeritan mangsa, keluarga mangsa terus memecahkan pintu bilik mandi dan menemukan Greogary dalam keadaan terbaring dengan soket pemanas alat pemanasnya berasap.

Sambil menunggu ambulan tiba, adik dan ibu saudara mangsa cuba melakukan CPR atas arahan dari penyelamat melalui telefon. Tapi malangnya ia tidak berjaya. Mansa meninggan akibat sakit jantung dek kerana renjatan elektrik dalam perjalanan ke Hospital Changi.

Datuk kepada mangsa, Anthony Ng, 62 , yang bekerja sebagai seorang pemandu teksi berkata, dia baru saja menggantikan pemanas mandian yang lama dengan yang baru.

“Saya membayar SGD300 (RM 762) untuk pemanas mandian baru yang berjenama. Namun ia telah membunuh cucu saya,” katanya.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, terdapat tiga punca yang boleh menyebabkan renjatan elektrik dari alat pemanas air iaitu pemasangan tidak mengikut spesifikasi, kebocoran air serta tiada penyelenggaraan. - SiakapKeli.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.