JUSTIFIKASI PENGGUNAAN PESAWAT RASMI OLEH PERDANA MENTERI
ASIAN TIGER MENJADI PUSSY CAT
Anonymous4 January 2015 at 19:15
After reading the PMO reply (lihat dalam komen) I find it hard to believe them. Is the PMO telling the truth? I doubt. They cannot go on telling lies. And they cannot keep on telling lies. Why can't the truth be told? Just tell the truth as TRUTH IS GODLY IN NATURE..
Ramai mempersoalkan "kehilangan" Pesawat Rasmi Kerajaan 9M-NAA setelah membawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib untuk "Golf Dipolmasi" dengan Presiden AS di Hawaii.
Penggunaan jet ini oleh PM boleh dijustifikasikan untuk berkerja sambil bercuti bagi suatu misi negara yang perlu dirahsiakan.Peranan Najib sekarang adalah sangat penting kepada AS bukan sahaja sebagai pemimpin Malaysia tetapi bagi ASEAN.
Pada umumnya rakyat tidak mengetahui di mana Najib berada ketika negara ditimpa kecemasan tetapi malangnya Washington merasa perlu mendedahkannya dengan bukti bergambar.
Gambar ini menyayat hati rakyat kerana ketika mereka berada dalam bencana ,pemimpin utama mereka sedang bermain golf.
Bukan sebarang jurugambar yang boleh hampir di persekitaran padang golf di mana Presiden AS berada kecuali "bersih" dari segi keselamatan atau orang rumah putih sendiri.
Memperhetongkan betapa sukar untuk pemimpin -pemimpin Malaysia terutama di era Tun Mahathir untuk menemui Presiden AS sehingga heboh cerita terpaksa membayar wang besar kepada pelobi di Washington maka Najib telah diberikan penghormatan luar biasa oleh AS bukan sahaja dapat menemui Presiden AS di luar lawatan rasmi tetapi dapat bermain golf pula dengannya yang tentunya mengambil masa yang panjang.Biasanya pertemuan rasmi terbatas masanya.
Mungkin AS sekarang menilai Najib sebagai seorang pemimpin besar ASEAN yang diperlukan oleh AS untuk rakan strategik bagi mengimbangi pengaruh China dan juga Rusia di Asia.
Bagaimanapun jika Malaysia masih merupakan Asian Tiger dan Suara Berani Dunia Ketiga yang dijuarai oleh Tun Dr.Mahathir maka kesempatan ini tidak akan diberikan.
Walaupun Washington menilai Mahathir sebagai seorang yang percaya kuat kepada kapitalisme dan demokrasi ala Malaysia ( Yang lebih baik dari Singapura) tetapi sebagai Kuasa Besar Dunia ,AS merasa amat terhina dengan kepintaran Mahathir dan suara beraninya menggambarkan dengan logik AS sebagai pemeras dan polis dunia yang ganas dan kejam di sebalik wajah kemanusiaannya.
Seperti yang telah saya catitkan sebelum ini ,tidak mustahil untuk Presiden Obama mengambil kesempatan bermain "golf diplomasi" ini untuk menekan Malaysia supaya lebih lunak kepada Anwar kerana AS tidak pernah melupakan jasa kepada orang yang telah berbudi besar kepadanya.
Gambar Golf Najib Obama itu mungkin didedahkan oleh AS untuk menunjukkan kepada dunia, sekarang Malaysia tidak lagi Asian Tiger tetapi Harimau yang telah dapat dijinakan menjadi Asian Pussy Cat.
AS akan meneruskan kerja kerja untuk menghapuskan Mahathir dengan apa cara selalipun walaupun Mahathir sekarang tanpa kuasa. Kerja ini lebih mudah dari kerja membunuh Gadaffi dan Saddam Hussein kerana di mana-mana pun, di kalangan pembangkang atau dalam kerajaan dan di media sosial dan cetak di Malaysia ada ramai ejen AS.
Kita boleh memberikan justifikasi kepada Najib untuk menggunakan jet kerjaan bagi suatu misi penting samaada akan menjatuhkan maruah atau kelak menaikan martabat negara tetapi persoalan yang timbul sekarang mengapakah Najib tidak pulang dengan pesawat kerajaan dan memerlukan bantuan jet TUDM untuk membawanya pulang.
Selain dari itu timbul pula cerita Pesawat Rasmi ini dikatakan singgah di bandar bandar yang dianggap sebagai surga membeli belah di dunia. Apakah ini benar?.Maka itu justifikasi juga harus diberikan kepada rakyat untuk mempersoal di mana beradanya pesawat ini kerana hilang dari pandangan sekian lama. Adakah telah pulang ke tanah air?
Penjelasan segera dari Jabatan Perdana Menteri adalah amat diperlukan untuk membersihkan berbagai cerita buruk yang telah tersebar.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.