`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, April 14, 2016

Agong rasmi hotel halal pertama di Langkawi

Adya Hotel Langkawi memperoleh pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) November tahun lepas telah mendapat sambutan hangat pelancong.
Tuanku-Abdul-Halim_Adya-Hotel-Langkawi_600
LANGKAWI: Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini berkenan merasmikan Adya Hotel Langkawi, sebuah hotel pertama berkonsepkan mematuhi syariah di Langkawi.
Dimiliki sepenuhnya oleh Permodalan Kedah Berhad (PKB), anak syarikat kerajaan negeri dan diuruskan oleh PKB Management and Services Sdn Bhd, hotel bertaraf empat bintang itu mula beroperasi 15 Jan tahun lepas.
Menyediakkan sebanyak 207 bilik, ia turut dilengkapi kolam renang berasingan untuk lelaki dan wanita, restoran, gimnasium, spa, dewan mesyuarat
dan sebagainya.
Sejak beroperasi, hotel itu telah memenangi Anugerah Pelancongan Antarabangsa Langkawi 2015 kategori hotel empat bintang, Guest Review Award for
Excellence Service 2015 Booking.com, Islamic Quality Standard Rating daripada Universal Crescent Standard Centre Malaysia, Excellent Guest Review Score 2016 oleh Hotels.com dan Hotel Pilihan kategori empat bintang 2015 Tripadvisor.com.
Ahli-ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Raja Di Hilir Perak, Raja Datuk Seri Iskandar Dzulkarnain dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah adalah antara yang hadir.
Sementara itu, Ahmad Bashah dalam ucapannya berkata pembangunan Adya Hotel Langkawi merupakan usaha kerajaan untuk meningkatkan lagi jumlah bilik penginapan di sini.
Menurutnya, Langkawi masih memerlukan sekurang-kurangnya 10,000 bilik penginapan untuk memenuhi keperluan pelancong yang semakin meningkat.
Katanya Adya Hotel Langkawi yang memperoleh pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) November tahun lepas telah mendapat sambutan hangat pelancong.
Menurutnya sehingga 31 Mac lepas, sebanyak 133,802 orang telah menginap di hotel itu.
“Purata kadar penginapan Adya Hotel pada keseluruhannya adalah 72 peratus… tetamu yang datang dari seluruh dunia dengan peratusan tertinggi
dari China, Timur Tengah dan Eropah,” katanya.
– Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.