`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, April 14, 2016

Bekas teman wanita Alvin diperintah bela diri

Hakim juga menetapkan 10 dan 11 Mei ini bagi mendengar keterangan bela diri tertuduh
vivian lee
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini memerintahkan bekas teman wanita penulis blog kontroversi Alvin Tan, Vivian Lee untuk membela diri atas pertuduhan menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman sosial Faceook yang telah mempersendakan umat Islam dan bulan Ramadhan.
Hakim Abdul Rashid Daud membuat keputusan terhadap Vivian dan menetapkan 10 dan 11 Mei ini bagi mendengar keterangan bela diri tertuduh.
Bagaimanapun Vivian dilepaskan dan dibebaskan bagi pertuduhan menyiarkan gambar pornografi dalam laman Facebook sama.
“Tertuduh boleh mempertahankan diri,” katanya.
Dalam pada itu, Vivian atau nama sebenarnya Lee May Ling, 24 memilih untuk membela diri di dalam kandang saksi.
Pada 21 Nov lepas, Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau Lee May Ling, 24, untuk membatalkan pertuduhan dihadapi mereka mengikut Seksyen 298 (1) (a) Kanun Keseksaan dengan alasan pertuduhan yang dibuat terhadap mereka adalah sah, teratur dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan, Tan dan Lee didakwa memuat naik di laman Facebook milik mereka satu kandungan gambar dan komen bertajuk ‘Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)… wangi, enak dan menyelerakan’ yang mengandungi logo halal, berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama dalam kalangan penganut agama berlainan, di CAF-Syed Restaurant Jalan Dang Wangi di sini antara 11 dan 12 Julai 2013.
Mereka juga didakwa memuat naik satu penerbitan menghasut di laman Facebook ‘Alvin and Vivian-Alvivi’ di pautan facebook.com/alvivi.swingers iaitu kandungan gambar dan komen yang sama pada tarikh sama di Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2 di sini mengikut Akta Hasutan 1948.
Mereka turut berdepan pertuduhan mempamer gambar lucah di alviviswingers.tumblr.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.