`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, July 24, 2016

Laman Blog Rasmi PM Berwajah Baharu

Laman tersebut turut mengandungi kandungan mengenai rekod prestasi yang perdana menteri kecapi sepanjang perjalanan politiknya, ucapan dan kenyataan daripada beliau. - Foto www.najibrazak.com



KUALA LUMPUR: Laman blog rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (www.najibrazak.com) kini dilancarkan semula dengan wajah baharu, menggunakan pendekatan yang lebih mesra pengguna.

Menurut kenyataan Setiausaha Akhbar perdana menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, blog itu dikemas kini bagi menjadikannya lebih interaktif dan memudahkan pengguna melayari kandungan yang disiarkan.

"Untuk kemudahan para pengguna, laman web ini dikemas kini supaya penggunaannya lebih mesra pengguna dengan dilengkapi sejarah perjalanan sepanjang 40 tahun YAB Perdana Menteri dalam bidang politik serta penulisan blog, kenyataan media, maklumat, video dan gambar terkini.

"Laman web tersebut turut mempunyai ciri siaran langsung bagi menyiarkan aktiviti-aktiviti serta program-program YAB Perdana Menteri," katanya.

Dengan penambahbaikan dan pengenalan pendekatan baharu perdana menteri berkomunikasi dengan rakyat ini, Tengku Sariffuddin berkata, rakyat diharap dapat terus berhubung dan mendapat maklumat terkini secara terus, tepat dan pantas daripada perdana menteri sendiri.

Dalam catatan terbarunya di laman Facebook, Najib turut tidak ketinggalan mengajak rakyat melihat sendiri laman blog itu.

"Saya telah mengemas kini laman web saya denganinterface yang baharu agar lebih interaktif dan mesra pengguna.

"Antara ciri-ciri baharu laman web ini ialah sejarah perjalanan politik saya selama 40 tahun serta siaran langsung bagi program dan aktiviti terpilih. Untuk melihat wajah dan ciri-ciri baharu ini, kunjungi www.najibrazak.com!" katanya.

Selain ciri-ciri terbaru itu, laman tersebut turut mengandungi kandungan mengenai rekod prestasi yang perdana menteri kecapi sepanjang perjalanan politiknya, ucapan dan kenyataan daripada beliau sepanjang menjadi perdana menteri, dan fakta semasa ekonomi Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.