Paparan skrin video CCTV menunjukkan seorang lelaki menendang wanita dari arah belakang di jejantas dekat Bank Negara Malaysia, 30 Jun 2016.
KUALA LUMPUR, 2 Jul — Lelaki yang menendang kuat seorang wanita bertudung sehingga cedera di bahagian pipi, seperti video yang tersebar meluas, berjaya ditahan polis semalam.
Suspek 33 tahun itu menendang sehingga terpelanting seorang wanita yang menggunakan jejantas yang menghubungkan Bank Negara Malaysia ke Jalan Raja Laut di sini kelmarin.
Wanita tersebut, yang bertugas di bank berkenaan, mengalami kecederaan di pipi kanan dan mendapat rawatan di sebuah hospital swasta di Bangsar di sini, kata ketua polis Kuala Lumpur.
Datuk Amar Singh Ishar Singh juga berkata lelaki itu dipercayai pernah melakukan perbuatan yang sama sebelum ini dekat Bank Negara namun mangsa tidak pernah membuat aduan.
Suspek, sebelum ini cuba menceroboh masuk Bank Negara dengan parang, ditahan kira-kira 11.30 malam tadi di Jinjang di sini, katanya lagi dalam satu kenyataan.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.