Tujuan utama "wang jaminan" ialah untuk memastikan tertuduh hadir ke Mahkamah. Ertinya, wang tersebut akan forfeit dan hangus sekiranya tertuduh melarikan diri dari prosiding di Mahkamah.9Tinggi atau rendahnya wang jaminan adalah bergantung kepada risiko kehadiran tertuduh ke Mahkamah.
Kalau risikonya tinggi, maka tinggilah wang jaminan yang perlu dibayar oleh tertuduh dan begitulah sebaliknya.
Tetapi kalau yang dituduh itu seorang Ketua Menteri, terikat dengan tugasan kerajaan dan seorang tokoh politik yang dikenali umum pula, sudah tentulah risikonya sangat rendah untuk beliau melarikan diri dan tidak hadir ke Mahkamah.
Jadi, kalaupun Mahkamah mengkehendaki agar si tertuduh seperti di atas membayar wang jaminan, memadailah dengan satu jumlah yang minimal dan munasabah.
Wang jaminan sebanyak RM1 juta untuk si tertuduh seperti KM Lim Guan Eng adalah sangat melampau, tidak masuk akal dan menyimpang dari tujuan asal tuntutan pembayaran wang jaminan.
Ini saja sudah menimbulkan persepsi yang tidak baik kepada badan kehakiman yang bukan sahaja mesti adil, tetapi mesti dilihat adil [must not only be fair, but must be seen to be fair]~ Mohd Fitri Bin Asmuni
Komen al-Husseyn :
Tabiat orang ramai terutamanya orang Melayu di kampung-kampung, apabila melihat wang jaminan yang begitu besar, maka mereka akan dengan cepat dan mudah membuat tanggapan bahawa kes LGE ini amat serius dan terus membuat rumusan bahawa Lim Guan Eng sudah tentu bersalah...
Namun pendakwaan ini dilihat oleh masyarakat Cina sebagai penganiayaan oleh kerajaan Melayu keatas orang Cina. Orang Cina akan merasakan, mereka tidak akan dapat keadilan dari kerajaan Melayu UMNO.
Reaksi serta merta ialah menaikkan kemarahan dan kebencian masyarakat Cina kepada kerajaan Najib. Baca tulisan menarik mengenainya di sini

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.