`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, October 12, 2016

BERAT DAH NI...TAKKAN TUKANG MASAK PUN MAHU DIMANGSAKAN JUGA?


Ini betul-betul dah berat!!

Sebelum ini jawatan sebagai Penasihat Petronas digugurkan dan polis pengiringnya  turut ditarik balik.

Penggunaan jet pula kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada. Malah ada juga percubaan untuk menghalaunya daripada Yayasan Kepimpinan Perdana, namun mujurlah tidak berjaya.

Tetapi, takkan tukang masak Tun Mahathir pun mahu ditukar juga? 

Apa salah seorang tukang masak dalam perseteruan antara Tun Mahathir dengan Najib Razak?

Adakah beliau ditukarkan kerana terlalu pandai memasak dan selalu menyediakan masakan yang sedap-sedap, berzat dan mampu memberi tenaga luar biasa kepada seorang lelaki yang sudah berusia 91 tahun atau Najib Razak terlalu "mengambil berat"  terhadap bekas Perdana Menteri itu dan mahu menggantikannya dengan tukang masak lain yang lebih baik lagi?

Mungkinkah juga tukang masak tersebut cuba ditukarkan sebagaimana yang didakwa oleh Tun Mahathir bertujuan melemahkannya kerana perkhidmatannya lebih diperlukan di Seri Perdana bagi menjaga seorang Perdana Menteri yang sedang berkuasa berbanding memberi khidmat cuma kepada bekas Perdana Menteri yang sudah lama bersara? (SH).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.