`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, October 13, 2016

BERSIH 5.0 UMPAMA ‘ARAB SPRING’, MEMBUNUH LEBIH DASYAT DARI WABAK PENYAKIT, KATA HADI AWANG

Hadi_Awang_Bersih
(The Malaysian Digest) – Cadangan pembangkang menganjurkan demonstrasi jalanan bersiri Bersih 5.0 pada 19 November depan harus mengambil iktibar dari insiden ‘arab spring’ yang akan membawa kecelakaan besar kepada rakyat.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, demonstrasi ini dianggap peserta akan berbuah dengan lazat namun hakikatnya “buahnya berulat dan beracun, membunuh mangsanya lebih dahsyat daripada wabak penyakit biasa yang meragut mangsanya tanpa batas,” katanya dipetik harakahdaily.net.
“Banyak darah yang mengalir, korban yang gugur, menjadi pelarian melarikan diri dan yang menunggu giliran (untuk dibunuh),” ujarnya.
Katanya, Arab Spring mutakhir yang berlaku di Tunisia dibangkitkan di atas nama demokrasi dan pilihan raya bersih disamping menentang penyelewengan dan rasuah akhirnya mencetuskan huru-hara di kebanyakan negara Arab.
“Muhasabah yang bijak, ikhlas dan adil hendaklah difikirkan, mengapa gelombang boleh berlaku seperti berulang dengan natijah yang memusnahkan dan boleh menenggelamkan mangsanya ke dalam bumi sejarah.
“Contoh masih paling panas ialah Syria yang menjadi medan perlumbaan paling sengit dalam kalangan kuasa besar perlu difahami,” katanya.
Hadi yang juga Naib Presiden Majlis Ulama Dunia menegaskan, cubaan untuk mencipta gerakan sama di Malaysia hanya akan mendatangan natijah berat kepada rakyat.
“Di Malaysia tiada musim bernama ‘spring’, yang ada hanya musim hujan dan tidak hujan. Maka jangan ciptakan musim yang tidak ada di sini.
“Tunggu dan beristiqamah bersama Islam, nescaya selamat, adapun tanpa Islamnya menjadi laknat,” katanya lagi.
PAS sejak penganjuran Bersih 4.0 mengambil pendekatan untuk tidak menyertai demonstrasi berkenaan.
Keputusan itu dibuat oleh PAS selepas tidak mahu lagi dipergunakan DAP menyebarkan fahaman sekular.
Sejak penganjuran Bersih pertama hingga Bersih 3.0, PAS mengerahkan Skuad Amalnya dari Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan parti untuk mengawal keselamatan anggota Bersih.
Walaubagaimanapun selepas tidak lagi menyertai demonstrasi berkenaan, Skuad Amal tidak lagi diturunkan untuk menjaga keselamatan demonstran baju kuning berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.