`

THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!







                                                                                                                                     KKLIU 1211/2017
CLICK HERE :http://oze.my/



Tuesday, October 11, 2016

Poligami: Menyangkal Jakim melalui prinsip keadilan Islam

Dalam hal perpisahan dan penceraian pun, Islam melarang lelaki menzalimi wanita. Apatah lagi jika mereka masih bersama?
KOMEN
poligamiMinggu lepas, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustafa, mengeluarkan kenyataan yang lelaki yang mahu mengamalkan poligami tidak perlu mendapat kebenaran isteri pertama mereka.
Wujud persoalan: Adakah keputusan Jakim ini selari dengan Islam?
Satu daripada prinsip yang paling diketengahkan Al-Quran ialah keadilan. Terma al-adl (kesamaan) dan al-qist (keadilan) digunakan berpuluh kali dalam Al-Quran untuk menyampaikan mesej yang orang beriman adalah mereka yang berlaku adil dalam segala aspek hidup.
Tidak ramai tahu yang gerakan intelektual pertama dalam sejarah Islam, iaitu Mu’tazilah (golongan yang mementingkan penggunaan akal) menamakan kumpulan mereka sebagai ahl al-tawhid wal ‘adl (pengikut tawhid dan keadilan). Keadilan memang sebati dengan Islam daripada zaman awal lagi.
Satu daripada contoh prinsip ini adalah dalam Surah An-Nisa, ayat 135-137. Allah memerintahkan orang beriman supaya menegakkan keadilan walaupun ia mungkin berlawanan dengan kepentingan mereka sendiri (135).
Sejurus selepas itu, senarai keimanan iaitu kepada Allah, malaikat, rasul, kitab dan hari pembalasan dinyatakan (136).
Selepas itu, disebutkan pula tentang orang yang beriman, kemudian kufur, kemudian beriman lagi, dan kufur lagi (137).
Semua ini menunjukkan kesinambungan konsep keadilan kepada keimanan. Iman yang teguh yang berasaskan sifat keadilan kepada semua.
Kita mesti menjangkakan yang Jakim akan berlaku adil kepada isteri kerana Jakim mewakili Islam dalam kewujudannya. Namun begitu, keputusan untuk melupuskan hak sesorang isteri tidak boleh disifatkan sebagai “adil”. Ia memberi hak sepenuhnya kepada suami yang perlu meminta kebenaran dengan Jakim sendiri.
Jakim yang terdiri daripada panel lelaki akan memberi keputusan sama ada si suami boleh meneruskan hajatnya atau tidak. Jakim akan memanggil isteri pertama hanya untuk memaklumkan kepada mereka tentang perkahwinan kedua suami mereka. Dalam seluruh proses ini, isteri tidak ditanya langsung seolah-olah dia tidak wujud sebagai insan. Adakah situasi ini boleh mengekalkan harmoni keluarga?
Apabila meneliti Al-Quran, ia lebih memberikan kisah tauladan daripada hukum. Dalam taksiran saya, Al-Quran ada kurang daripada 100 ayat (daripada jumlah ayat 6,236) yang bersifat “hukum”, iaitu kurang daripada 2%! Sekiranya berdasarkan kiraan lebih rapi, mungkin 20-30 puluh ayat sahaja yang boleh dikatakan sebagai “hukum”.
Ini amat menghairankan, kerana parti politik yang memperjuangkan Islam memfokuskan retorik mereka 100% kepada hukum yang mereka dakwa daripada Tuhan.
Walau bagaimanapun, daripada 2% ayat Al-Quran yang mempunyai hukum, lebih kurang 20 ayat tersebut adalah berkenaan undang-undang keluarga (munakahat), iaitu daripada 2:221-242.
Kumpulan ayat ini memberi hidayah bagaimana orang mukmin menguruskan hal kekeluargaan dengan baik dan harmoni. Namun begitu, hukum berkaitan dengan perpisahan dan penceraian juga diberikan.
Al-Quran dan poligami
Al-Quran bukanlah kitab yang berada di atas awang-awangan. Ia berpijak di bumi yang nyata. Dalam hukum perpisahan dan penceraian, si suami perlu memberi sokongan yang setimpal kepada bekas isterinya. Dia tidak boleh menzalimi bekas isterinya walau sedikit pun. Malahan, dia perlu memberi tempat tinggal untuk masa yang dipersetujui.
Tujuan saya menyentuh fakta di atas adalah untuk menunjukkan yang dalam hal perpisahan dan penceraian pun, pihak lelaki tidak boleh menzalimi wanita. Apatah lagi jika mereka masih bersama? Maka tidak logiknya yang suami tidak perlu mendapat kebenaran isteri.
Perhatikan pula ayat yang sering dipetik menyokong poligami, iaitu Surah An-Nisa, ayat 3.
Dewasa ini, saya sering melihat lelaki Melayu Islam yang sudah pandai berbahasa Arab (untuk ayat ini sahaja!) dan mengatakan ayat ini adalah berbentuk suruhan (iaitu fi’il amr dalam nahu bahasa Arab) untuk berpoligami. Maka dalam keadaan yang membolehkan, adalah wajib untuk si lelaki untuk berbuat demikian.
Hujah ini amatlah efektif kerana wanita Islam yang tidak meneliti ayat tersebut akan terus didiamkan. Siapa yang berani melawani Tuhan kalau hukumnya wajib?
Sebenarnya, ayat ini tidak dipetik dengan penuh, masakan lagi konteksnya diteliti. Jika ayat ini dibaca dari permulaan, jelas ia adalah sambungan langsung daripada permulaan surah.
Ia berkait dengan golongan yatim yang tidak mempunyai sokongan keluarga. Mereka ini perlu dipermasukkan ke dalam struktur keluarga dan cara berbuat demikian adalah dengan perkahwinan.
Sunnah yang sebenar
Apakah ini yang diamalkan lelaki Islam serata dunia? Rasanya tidak. Apa yang selalunya berlaku ialah, si suami yang mendapat pendapatan yang lebih (kadang-kadang itu pun belum tentu!) akan mencari wanita yang lebih muda dan cantik untuk memuaskan nafsunya.
Mengapa lelaki Melayu tidak ke kampung-kampung bagi mengahwini janda dan balu, terutama ibu tunggal? Itulah Sunnah Rasulullah yang sebenar, tetapi bahagian ini tidak mendapat perhatian langsung.
Bagaimana isteri pertama boleh melindungi diri mereka daripada dizalimi suami yang berpoligami?
Jawapan kepada soalan ini ada dalam Al-Quran, juga ayat 2:235. Dalam ayat ini, lelaki dan wanita yang berhajat untuk berijab-kabul perlu berlaku demikian dalam keadaan “bil ma’ruf”.
Istilah ini sering digunakan dengan maksud “menyuruh apa yang benar”, tetapi “ma’ruf” itu sebenarnya bermaksud “yang diperakukan”. Perkataan “iktiraf” dalam bahasa Melayu adalah berasal daripada istilah sama.
Setiap perkahwinan perlu ada syarat tertentu dan wanita perlu memberi syarat yang suami tidak boleh berpoligami. Ini adalah hak yang diberi Allah kepada mereka walaupun Jakim cuba merampas hak tersebut.
Apabila seorang isteri dipoligamikan, ia menjadi peristiwa hitam dalam hidupnya. Jakim pula memberi kata putus mereka, yang suami tidak perlu meminta izin isteri pertama. Ini yang dikatakan “sudah jatuh ditimpa tangga”!
Sebaliknya, suami perlu membuat permohonan kepada Jakim walaupun badan itu tiada kaitan dengan hubungan dalam sesuatu keluarga.
Mengapa mereka pula yang perlu memberi kata putus? Mereka tidak dapat memahami susur-galur perasaan isteri yang dikhianati suami. Keputusan Jakim ini boleh meruntuhkan struktur keluarga di kalangan umat Islam.

1 comment:

  1. ASS..WR.WB.SAYA IBU ONET TKI MALAYSIA INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA AKI WIJOYO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN AKI SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN KEBUN YANG DULUNYA SEMPAT DIGADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI WIJOYO,YANG MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA 4D TOTO MAGNUM KEPADA SAYA DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI SAYA SILAHKAN HUBUNGI NO HP AKI WIJOYO (_082_346_668_257_) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL AKI WIJOYO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN SENDIRI..
    • لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالله





    ReplyDelete