`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, November 22, 2016

BAYAR SPLASH RM2.7 BILION: TARIF AIR NAIK, AIR PERCUMA SELANGOR DITARIK BALIK


(Malaysian Digest) – Tindakan Kerajaan Selangor meningkatkan pembayaran ekuiti Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) 10 kali ganda daripada RM250.6 juta kepada RM2.7 bilion dikhuatiri akan meningkatkan tarif air sehingga 27 peratus.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) Faekah Husin berkata, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) mencadangkan perkara berkenaan bagi mengatasi lebihan bayaran kepada SPLASH.
“Untuk membayar lebih kepada SPLASH, mereka menimbang semula program air percuma. Kedua meraka mencadangkan juga tarif air dinaikkan sehingga 27 peratus. Program Penstrukturan Air Selangor ini sepatutnya menjadi supermodel usaha menjadikan syarikat konsesi air milik kerajaan.
“Perkara utama pokok program ini adalah untuk melawan perjanjian konsesi yang tidak adil dan berat sebelah. Tetapi kenapa keadilan kepada SPLASH itu yang sangat dipertimbangkan kerajaan Selangor,” katanya kepada Malaysian Digest.
Berkata lanjut mengenai program berkenaan, Faekah menjelaskan, sejumlah RM9.65 bilion diperuntukkan untuk membeli keempat-empat syarikat konsesi air Selangor – Konsortium ABBAS Sdn Bhd (Abbas), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) Puncak Niaga Holdings Sdn Bhd dan SPLASH.
Katanya, jumlah pampasan yang diberikan kerajaan kepada syarikat konsesi adalah bergantung kepada nilai pelaburan awal yang kemudiannya didarabkan dengan peratusan faedah pelaburan setiap tahun berdasarkan perjanjian awal setiap syarikat konsesi.
“Contohnya, SPLASH sudah memulakan pelaburan sebanyak RM400 juta, dan SPLASH sudah berada didalam industri air sejak tahun 2000. Jadi kita tutup buku pada tahun 2013, kita beri tawaran sehingga tahun kewangan berakhir 2013. Jadi RM400 juta didarabkan dengan pelaburannya selama 12 tahun.
“Peratusan pelaburan setiap tahun yang akan diberikan kepada SPLASH adalah berdasarkan perjanjian konsesi awal yang ditandatangani sejak tahun 2000 dahulu iaitu 12% setahun. Nilai itu bukan direkacipta. Ianya termaktub pada perjanjian konsesi sejak zaman Dr Mahathir lagi,” jelasnya.
Ujarnya, syarikat konsesi berkenaan sudah mencatatkan keuntungan dan telah membayar RM800 juta dividen kepada pemegang saham menyebabkan kerajaan negeri menolak daripada tawaran dividen RM1.056 bilion.
“Sudah untung didepan takkan nak untung di belakang lagi? SPLASH sudah mendapat keuntungan takkan nak caj berganda kepada kerajaan negeri?” soalnya lagi.
Tambahnya, caj dividen berkenaan termasuk didalam tawaran pengambilalihan SPLASH bernilai RM2.9 bilion yang turut merangkumi ekuiti serta liabiliti syarikat.
“Sekiranya kerajaan negeri hari ini ingin menaikkan jumlah pengambilalihan SPLASH, berikan sebab. Menteri Besar (Datuk Seri Azmin Ali) kena jelaskan,” kata Pegawai Khas ADUN Pelabuhan Klang itu lagi.
“Adakah dengan pembelian SPLASH bernilai RM2.7 bilion itu akan menyebabkan tarif air naik?” soalnya lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.