`

THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:

Wednesday, November 23, 2016

BODOH YANG TIDAK BOLEH DI AJAR

Saya menerima gambar berikut (serupa poster) menerusi WattsApp.

Menurut orang dalam gambar itu, bernama Nik Abduh, dia kata : 'negara tidak akan musnah sebab rasuah, tetapi hanya akan terbantut. Negara akan musnah apabila rakyatnya sudah tidak solat, minum arak, berzina, berjudi.'






Makhluk ini sekarang sedang berfoya-foya politik dengan UMNO, sebuah parti politik di mana pemimpinnya mengaku menerima duit rasuah RM2.6 Beliyon dimasukkan ke dalam akaun banknya. 

Umum sedia faham duit itu adalah duit curi yang sekarang sudah menjadi kes mahkamah di Singapura dan Amerika Syarikat, negara keramat tempat disemadikan jenazah Mursyidul Am PAS.


Apakah ajaran Allah swt dan RasulNya berkenaan rasuah dan mengambil duit orang secara batil:



[2:188]    Dan janganlah kamu makan harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah (batil), dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).


Ayat ini adalah ajaran Allah swt dan RasulNya kepada semua umat manusia, yang seharusnya termasuk Nik Abduh, PAS dan UMNO.

Jangan makan harta orang lain secara salah - ia itu secara membohong ceramah agama untuk kutip derma, mencuri duit rakyat, menipu duit orang, menerima rasuah untuk projek dan kontrak, merasuah hakim, pendakwaraya, pegawai kehakiman dan seperti itu.

Semua ini adalah perbuatan yang salah disisi Allah dan RasulNya.  

Soalan pokoknya kenapa Allah swt mewahyukan ayat seperti ini kepada RasulNya dan kepada umat manusia? 

Sebab rasuah adalah satu kezaliman, penindasan dan satu bencana besar yang boleh merosakkan bukan saja negara tetapi seluruh tamadun dan perdababan sesuatu umat atau kaum.  Umat Melayu tidak terasing atau terlepas dari bahaya besar ini. 

ORANG YANG "SEMBAHYANG'"

Allah swt dan RasulNya juga mengajar umat manusia SUPAYA was-was dengan orang yang kononnya "sembahyang"  tetapi sebenarnya mereka berpura-pura sahaja, mereka menunjuk-nunjuk sahaja seolah mereka ahli "sembahyang"  :


Surah Al-Maa'uun (Surah 107)

 
            [107:4]  maka kecelakaan besar bagi orang-orang yang bersolat



  
                                       [107:5]  (laitu) mereka yang melalaikan solatnya;
 



                                                      [107:6]  orang-orang yang riak 
 



                [107:7]  orang-orang yang tidak memberi pertolongan  (membantu)

 

Solat mereka adalah serupa dengan perbuatan sia-sia dan tidak berguna. Sila lihat Surah 8:35 -





Surah 8:35 Dan tiadalah solat mereka di sisi Bait itu melainkan bersiul-siul dan bertepuk tangan. Oleh itu rasalah kamu akan azab seksa dengan sebab kekufuran kamu. 


Pernah ada manusia yang bersolat di sisi Bait tetapi perbuatan mereka itu hanya ritual atau upacara bersiul dan bertepuk tangan yang membuang masa. Solat yang tidak berguna.  Allah swt dan RasulNya menggelar orang seperti ini sebagai kafir.


Jadi janganlah  kita terpukau atau tertipu oleh manusia seperti ini.  Akan rugilah kita, akan rosak hancurlah negara kita, akan gelaplah masa depan anak-anak kita.

No comments:

Post a Comment