`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, November 8, 2016

GEORGE SOROS YANG KUKENALI SOKONG HAK ASASI, BANTU BOSNIA – MARINA MAHATHIR

Ketika suara-suara kritikan kepada hartawan George Soros semakin lantang, aktivis sosial terkenal Marina Mahathir tampil dengan nada sebaliknya.
Ketika itu, Soros mengadakan jelajah bagi memperkenalkan bukunya.
Beliau juga mengambil kesempatan melawat ayah Marina, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, setelah mereka saling berutus surat sebelum itu.
Menurut Sin Chew Daily, Marina memberitahu hadirin bahawa beliau mendapati Soros seorang dermawan yang pemurah.
Katanya, Soros banyak menyumbang untuk membantu Bosnia yang terjejas akibat perang, selain seorang yang sangat percaya pada hak asasi manusia.
Malah, katanya lagi, sumbangan Soros melibatkan wang yang banyak.
Membandingkannya dengan sumbangan pada BERSIH yang kecil, Marina berkata Soros sendiri mungkin tidak mengetahuinya.
“Kita hanya boleh berharap ada saluran langsung (dengan dia) supaya kita boleh beritahunya tentang BERSIH… Jika dia benar-benar beri RM3.2 bilion, adakah Bank Negara tidak tahu?” Marina dipetik sebagai berkata.
Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos mendakwa badan pemberi dana Open Society Foundation (OSF) yang diasaskan Soros menyalurkan sebanyak RM3.2 bilion kepada BERSIH.
Pemimpin Baju Merah itu mendakwa dakwaan itu dibuat berdasarkan sumber daripada dcleaks.com, yang mendakwa mendapatnya daripada dokumen OSF yang digodam.
Antara dokumen didakwa bocor itu termasuk minit mesyuarat Program Malaysia OSF, yang melibatkan bantuan geran kepada pihak yang mempromosi pilihan raya bebas dan adil.
MKINI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.