`

THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:

Tuesday, November 8, 2016

MUKHRIZ KAWAN LAMA SAYA, TAKKAN NAK PUTUS…

IPOH – Adun Kubu Gajah, Ahmad Hasbullah Alias menepis dakwaan beliau bekerjasama kepada Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika kunjungan bekas menteri besar Kedah itu di kawasan Batu Kurau.
Sebaliknya Ahmad Hasbullah menyatakan, beliau bertembung dengan Mukhriz di gerai makan ketika rombongan Bersatu bersarapan di gerai sama.
“Gerai makan itu milik saudara saya, kebetulan mereka datang di gerai sama, takkan saya nak lari pula atau buat-buat tak nampak.
“Lagipun Mukhriz kawan lama saya juga, takkan saya nak putuskan silaturahim, berbeza parti tiada masalah. Malah di Sidang Dun saya bersembang dengan wakil rakyat pembangkang pun tak menjadi isu,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Ahmad Hasbullah berkata demikian ketika diminta mengulas gambar beliau duduk semeja bersama Mukhriz di sebuah gerai makan dan diviralkan di laman sosial Facebook.
SINAR HARIAN

No comments:

Post a Comment