`

THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:

Friday, November 25, 2016

RUU 355- bahagian 1

Image result for Hadi, RUU 355 dan Hudud

Mari kita mula dengan menyebut yang tidak tersebut. Meminta lebih kuasa dan hak untuk menjatuhkan hukuman yang lebih berat ialah kaedah orang pemalas. Ianya juga kaedah orang yang cenderung kepada pemerintahan kuku besi dan diktator.

Tanpa mengurangkan penghormatan kepada tokoh agamawan, perlu kita sebut disini, kita tidak terikat dengan penghormatan tersebut untuk malu menegur golongan seperti Haji Hadi dalam kapasiti mereka sebagai ahli politik. Mereka handal dalam bidang ilmu mereka, tapi dari segi politik, mereka sepandai atau sebodoh kita jua. Pandangan politik mereka mungkin baik atau kurang teliti. Sebagai seorang ahli politik, Haji Hadi umpamanya, tidak mempunyai kelebihan apa2 pun.

Ini isiu kelolaan dan mengurus kapasiti yang ada. Ternyata, mahkamah syariah dan warga yang beroperasi dibawah nya- hakim, peguam, pentadbir, sehingga menteri2 yang menjaga instutusi pelaksana keIslaman,  gagal mengelola dan mengurus apa yang mereka ada.

Lalu mereka menyalahkan kekurangan kuasa dan hukuman yang ringan sedangkan isiu sebenarnya ialah kelemahan mereka. Mengapa mereka tidak dapat selesai masaalah tidak patuh syariah? Sebab penyampaian keadilan dan hukum Islam mereka lemah dan tidak cekap.  Jadi mereka datang kepada kita mahukan kuasa besar dan kapasiti menjatuhkan hukuman yang lebih berat.

Dan amat mudah menyembunyikan kelemahan dan kekurangan mereka- cabar keIslaman masyarakat. Jika tidak sokong- murtad, anti Islam, kafir dan mati nanti, tidak di perkuburan Islam.

Kita tidak akan berikan apa yang mereka mahu tanpa terlebih dahulu mereka melayakkan diri untuk mendapat kuasa tersebut. Dalam tangan golongan pelampau, hukum Islam jadi senjata penindasan dan pencabulan. Tunjuk kepada kita kebolehan, kecekapan, kemantapan prosidiur, kecenderungan kepada membela golongan lemah bukan menyebelahi yang berkuasa dan kaya.

Kehakiman Islam dinegara kita gagal membuktikan dengan bersenjatakan kuasa yang lebih dan hukuman yang berat, mereka berkemampuan membaiki kejahatan orang Muslim. Dalam tahun 1965, kita ada penjara 6 bulan dan denda RM1000. Kita cakap ini tidak mencukupi; maka bermula 1985, kita ada system 3-5-6. Penjara 3 tahun, denda 5 ribu dan sebat 6 kali. Hukuman ini lebih berat dari apa yang ada pada tahun 1965. Kita pun ingat, dengan hukuman yang lebih berat dan kuasa yang meluas, penyakit jahat kaum Muslim dalam negara selesai atau berkurang?

Adakah 3-5-6 mampu membendung orang Islam yang jahat? Tidak. Kes perceraian dan tinggal begitu sahaja, mencuri dan merompak oleh orang Islam, zina, seks luar tabii, rasuah, dan segala kesalahan dalam senarai negeri terus berlaku.

Apa maksud nya ini? Kuasa yang lebih luas dan hukuman yang lebih berat telah gagal digunakan oleh mahkamah syariah untuk membaiki umat Islam dalam negara ini. Bererti kaedah perundangan sahaja, tidak mencukupi untuk membaiki umat Islam tanpa disertai oleh langkah2 yang lebih menyeluruh. Sudahkan institusi Islam melakukan ini semua?

Kamu meminta kita semua, memberi alasan dan justifikasi keatas ketidakcekapan kamu dan incompetence kamu dengan meminta lebih kuasa dan hukuman yang lebih berat?

Jika demikian, golongan politik agama, tidak ada beza dengan Najib- the embezzler-in-chief.  

Apa Najib buat bila berdepan dengan musibah hasil tangan nya? Dia mahukan lebih kuasa. Kuasa untuk menekan dan menindas rakyat. Maka dia ada akta hasutan, dia ada poca, pota, sosma dan lain2 undang2 yang zalim. Ini petanda2 orang yang berotak dictator. Disamping itu, semua institusi yang menjaga kepentingan rakyat dirampas oleh Najib- institusi sahih untuk menekan rakyat khususnya polis, institutusi kepeguaman Negara, kehakiman berada dibawah telunjuk Najib. Dictator suka menghimpun kuasa dalam tangan nya sendiri.

Dari perspektif ini, Haji Hadi juga berminda diktator. Dia mahukan lebih kuasa . dia mahukan hukuman yang lebih berat. Yang kena hukuman berat ialah orang miskin dan wanita dan golongan mustad-afin.

Haji Hadi dan Najib seminda bila tamakkan kuasa. Janganlah orang Melayu menyangka, ulamak terlepas dari kerakusan mahukan kuasa yang tidak disoal dan di cabar. Ulamak juga korap dan rasuah, ulamak juga melakukan pelbagai kemungkaran. Ulamak juga bila berada atas mimbar pun turut memutar ayat2 al Quran.

Bagaimana golongan seperti Hj Hadi mahu selesaikan masaalah kaum Muslim di Malaysia? Dengan menambah kuasa dan menggunakan hukuman yang lebih berat yang berat sebelah menzalimi wanita dan golongan mustad-afin.

Mahkamah syariah bergantung kepada kebolehan hakim dan peguam2 nya. Kepentingan yang mereka wakili adalah kepentingan yang berkuasa, yang kuat dalam masyarakat. Tidak ada beza dengan institusi2 yang dibawah telunjuk Najib yakni yang menjaga kepentingan 5% teratas, sikaya dan siberkuasa.

Perkara2 ini tidak diberi perhatian kerana golongan sepert Haji Hadi juga menjaga golongan elit.

Jalan pintas ialah menambah kuasa dan istihar akan denda RM100 ribu, sebatan 100 kali dan penjara 30 tahun. Itu hanya memerlukan menepuktahniah belakang sendiri,( only requires a pat on ones’ own the back)  hanya perlu appeal kepada emosi dan kesyahduan keinginan untuk mengIslamkan semua dan penyeruan langsung kepada orang Melayu yang bergama Islam.

Sedangkan membaiki kaum Muslim secara lebih menyeluruh memerlukan penghujjahan, seruan tarbiyah yang bijak, menyeru kepada bahagian kerasionalan otak dan usaha yang lebih rapi- kesemua nya tidak disukai oleh golongan pemalas dan golongan bergantung kepada hak semula jadi.

Maka, salahkan nya semua kepada factor luar. Kali ini salahkah kepada kelemahan mahkamah syariah, mahkamah syariah tdak cukup kuasa dan hukuman keatas penjahat dan pesalah laku tidak berat.

Rupa2 nya kaum Muslim dalam negara kita ini jahat semua nya. Semua kita adalah potential pezina, potential peminum arak, potential murtad, potential perompak dan samun- kita mesti ada hukuman kuasa yang berat dan kuasa lebih pada hakim2 mahkamah syariah.

Achi apa- setelah mendapat kuasa2 tersebut, setelah boleh hukum 30-100-100, kaum Muslim kembali kepada fiil dan tabiat lama. Yang buang anak majority nya juga Melayu, yang merompak dan menyamun dan berasuah orang Melayu, yang minum arak orang Melayu, yang bersusun susun menyeberangi sungai Golok waktu malam tetap juga anak Melayu.

Semuanya beragama Islam dan keberadaan hukuman 30-100-100 tidak juga mengekang kejahatan, nafsu sarakah, dan kebuasan umat Islam dinegara ni. Bila tetap juga berlaku, siapa dan apa yang kita salahkan? Kerana mahkamah syariah tidak cukup lagi kuasa, kerana mahkamah syariah rupa2 nya masih lenient tentang hukuman yang dikenakan?

Inilah orang Melayu- yang berminda peruntukan 30%, yang ada minda hak istimewa, enggan melihat kepada dalam diri  anasir2 dan nilai2 yang menyebabkan tetap juga ada kemungkaran dan kebejatan.

Jika kemungkaran kaum Muslim tidak dapat dibendung, ianya mesti berpunca dari dalam diri. Janganlah kita bertempiaran sana sini, mengatakan bahawa ini semua orang salah orang lain. Jika Haji Hadi gagal mempengaruhgi orang Islam mengenai RUU 355, jangan salahkan DAP. DAP hanya ada kekuatan 37 MP dalam parlimen, dan parti itu hanya dapat mempengaruhi majorti orang Cina dan rakyat Malaysia yang lain- kesalahan , kelemahan ialah pada diri sendiri.

Al Quran menyebut mengenai Allah tidak mengubah keadaan sesuatu bangsa kecuali bangsa tersebut mengubah apa yang ada dalam diri mereka. Lihat AlQuran 13:11.

Al Quran menyebut lagi, Allah tidak mengubah nikmat yang dirasai kecuali bangsa tersebut megubah apa yang ada dalam diri mereka. Lihat Al Quran 8:53.

Ternyata, kita mesti terlebih dahulu melihat kedalam diri kita terlebih dahulu. Adakah kita mempunyai perbendahraan nilai2 yang menyokong keadilan dan kesaksamaan, nilai anti rasuah, anti kemungkaran, anti kejahatan, anti pemimpin yang rasuah, nilai2 positif yang lain?Lihat kepada ini dahulu, sebelum senang2 menyalahkan orang lain kecuali diri kita.

Akan bersambung. ...
-Posted by Ariff Sabri  (with permission)

1 comment:

  1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih, Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!1"Dikejar-kejar hutang2"Selaluh kalah dalam bermain togel3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunyatapi tidak ada satupun yang berhasil. 4d 5d 6d Solusi yang tepat jangan anda putus asah... AKI MUPENG akan membantuanda semua dengan Angka ritual/GHOIB:butuh angka togel 2D/ ,3D/, 4D/ 5D/ 6D/ SGP / HKG / MALAYSIA / TOTOMAGNUM / dijamin100jebolApabila ada waktusilahkan Hub: AKI MUPENG DI NO: (((_0852 9445 0976 _)))ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D/ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/6D/ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/6D/ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/ 6D/ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILANDANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D 6D/»0852 9445 0976 .

    ReplyDelete