`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, November 23, 2016

VIDEO & GAMBAR] Ramainya Geng Jamal Berarak Ke Bangunan SUK Selangor

Sidang media baju merah depan SUK lawak jenaka Jamal 

Tindakan berterusan Pengerusi Gerakan Baju Merah, Datuk Jamal Yunos mencetuskan pelbagai provokasi melampau memperlihatkan ‘ketidakmatangan’ pemimpin Umno Sungai Besar itu. 

Selepas dibebaskan daripada tahanan polis semalam, Jamal hari ini mengadakan sidang media di hadapan bangunan pentadbiran negeri di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini. 


Jamal pada sidang medianya mendakwa bakal menganjurkan himpunan besar-besaran di 700 lokasi di Selangor kononnya dalam isu semsa Selangor. 

Permulaannya, himpunan tersebut diadakan di Sekinchan, kerana ‘minatnya’ kepada Ahli Dewan Negeri (ADN) kawasan itu, Ng Suee Lim. 

“Saya minat dengan Sue Lim, jadi kami pilih Sekinchan dahulu,” ringkasnya menjawab pertanyaan media. 

Penganjuran himpunan tersebut katanya turut memfokuskan kepada tujuh tuntutan supaya wujudnya pentadbiran kerajaan telus dan bersih. 

Bagaimanapun tuntutan tersebut dilihat tidak signifikan memandangkan kejayaan pentadbiran negeri memacu pertumbuhan ekonomi negeri yang diakui sendiri Ketua Audit Negara, dalam Laporan Ketua Audit Negara 2015 siri kedua yang dibentangkan di Parlimen, semalam. 

Ketika ditanya media sekiranya Jamal bercadang mengadakan himpunan sama di Putrajaya ekoran pendedahan penyelewengan Kerajaan Persekutuan, beliau gagal memberikan pendirian khusus mengenainya. 

Beliau berkata, Kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kononnya tidak terlibat dengan sebarang penyelewengan dan salah guna kuasa. 

“Kamu (pemberita) tidak faham, tumpuan kami ini di Selangor dan bukannya di Putrajaya kerana pentadbiran Putrajaya itu telus di bawah pimpinan Perdana Menteri,” dakwanya tanpa memberikan butiran terperinci. 

Namun umum mengetahui, skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terus mendedahkan penglibatan Perdana Menteri berkait dana RM2.6 bilion dan pengambilalihan dana awam untuk tujuan peribadi. 

Tidak mengejutkan, selesai sidang medianya, Jamal sekali lagi menyanyikan lagu ‘Bersih 5 gagal’ yang membangkitkan rasa geli hati dalam kalangan petugas media, di sini. -selngorkini 




VIDEO BERKAITAN 

ULASAN GB 

"Ribuan" nampaknya yang menyertai kumpulan baju merah ke bangunan SUK negeri Selangor. Dia mendakwa 700 orang berarak nak selamatkan Selangor, yang kelihatan cuma dalam anggaran 30 rang. Lepas tu siap menyanyi lagi ala budak-budak tadika... BERSIH 5 Gagal.... 

Hello Najib, takder apek lempang lainkah yang lebih baik selain dari Jamal ni... perhabiskan dedak kamu saja nampaknya.... kahkahkah... 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.