`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, February 4, 2018

Perlu dasar lebih baik untuk tingkat pekerjaan, kata Dr M

mahathir-graduan

PUTRAJAYA: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa peningkatan pengangguran di negara ini berkaitan dengan dasar kerajaan yang tidak memberi penekanan secukupnya pada memadankan pekerjaan kepada lepasan universiti.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata antara sebab lepasan universiti akhirnya menjadi penganggur kerana kerajaan gagal merancang ke depan untuk mengenalpasti keperluan sumber manusia pihak industri.
Beliau berkata ada “lebihan” pekerja bagi industri tertentu sementara industri lain kekurangan profesional yang diperlukan.
Beliau menambah rakyat kerugian apabila terlalu ramai pemilik asing projek-projek dibenarkan membawa masuk pekerja sendiri.
“Kontrak diberi kepada syarikat China, syarikat itu pula bawa masuk pekerja China, bukan pekerja kita. Apa yang kita peroleh? Tidak peroleh apa-apa,” katanya di program Bicara Mahasiswa di Yayasan Kepimpinan Perdana semalam.
Beliau berkata pelaburan langsung asing sebelum ini berbeza kerana ia menghasilkan lebih banyak pekerjaan untuk penduduk tempatan.
“Kalau pun orang asing bawa modal dan teknologi, dia mesti guna tenaga kita, barulah jurutera kita ada peluang kerja,” kata Dr Mahathir, yang merupakan perdana menteri pada 1981 hingga 2003.
“Kita mesti akui bahawa kita baru mula industri kita. Di waktu itu kita perlu pertahankan industri kita. Korea, Jepun pertahankan industri mereka, tetapi China, Korea, Jepun dan Jerman semua masuk pasaran kita. Itu tidak adil,” katanya.
Dr Mahathir berkata kereta Proton tidak dibenarkan masuk ke beberapa negara, kerana kerajaan membenarkan kereta dari negara-negara berkenaan untuk memasuki pasaran Malaysia.
Mengenai peningkatan penggunaan automasi dalam industri, beliau berkata trend itu tidak semestinya akan mengambil pekerjaan kerana tenaga buruh boleh ditransformasikan dengan pengetahuan dan kemahiran baharu untuk menyesuaikan diri.
“Kerana pengeluaran menjadi lebih tinggi, kos jadi lebih rendah, dan jualan lebih laris, pekerja masih bekerja tetapi bukan sebagai pekerja tangan tetapi pengendali, pembaik pulih dan penyelia mesin,” katanya sebagai contoh.
Beliau berkata ada kebimbangan revolusi automasi akan membawa kepada pengangguran besar-besaran.
Pada November 2017, sebuah forum membincangkan masa depan pekerjaan diadakan di Malaysia di mana ahli panel berkata robot dan automasi tidak semestinya merugikan tenaga manusia.
Walaupun pekerjaan tradisional melibatkan pengiraan manual, kerja-kerja kerani dan pemprosesan data mungkin paling terkesan dengan perisian dan komputer, kemajuan teknologi yang menghasilkan gangguan itu juga membawa kepada penciptaan peranan profesional baharu, katanya. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.