`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, June 15, 2020

7 Individu Dikesan Guna Kad Pengenalan Palsu Dalam Pemilihan PPBM

(FMT) – Jawatankuasa pemilihan PPBM Selangor membuat laporan polis selepas mendapati 7 individu menggunakan kad pengenalan palsu dalam pengundian pemilihan PPBM cawangan Pandamaran, dekat sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Shamsul Amar Ramli berkata laporan polis berkenaan dibuat oleh wakil jawatankuasa berkenaan.
Katanya, pengadu mendapati terdapat 7 individu mengemukakan kad pengenalan yang menggunakan nombor dan nama yang palsu pada sesi pemilihan PPBM cawangan Pandamaran petang tadi.
“Kes disiasat di bawah Seksyen. 419 Kanun Keseksaan, iaitu menipu dengan cara samaran),” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Sementara itu, menurut sumber parti berkenaan, perbuatan mengundi menggunakan kad pengenalan palsu itu berjaya dikesan sewaktu pemberian kertas undi.
“Individu ini menggunakan kad pengenalan yang palsu, kad pengenalan tertera nama orang lain yang dilekatkan di atas kad pengenalan tersebut,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.