`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, December 6, 2020

Anggota PGA cedera ditembak penyeludup dibenarkan pulang

 

Pegawai Pemerintah Batalion 3 PGA, Rosman Kasman (kanan) menyampaikan sumbangan warga Batalion 3 PGA dan orang ramai kepada Norihan a/l Tari yang ditemani isterinya, Fardilla a/p Adam. (Gambar Batalion 3 PGA)

GEORGE TOWN: Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), Norihan a/l Tari, 39 yang selamat menjalani pembedahan mengeluarkan peluru di Hospital Pulau Pinang (HPP) dibenarkan pulang ke rumahnya di Bidor, Perak hari ini.

Beliau bertolak pulang kira-kira 9.30 pagi tadi ditemani isterinya, Fardilla a/p Adam, 35, pegawai dan anggota polis.

“Saya bersyukur suami dibenarkan keluar dari hospital, sebenarnya suami paling gembira kerana tidak sabar untuk berjumpa anak-anak. Kesihatan beliau juga semakin baik dan dia akan rehat dulu sebelum kembali bertugas,” kata Fardilla ketika dihubungi Bernama hari ini.

Pegawai Pemerintah Batalion 3 PGA, Rosman Kasman berkata, Norihan selamat tiba ke kem batalion itu di Bidor, Perak 12.30 tengah hari tadi dan disambut sebagai wira negara dalam satu majlis di lobi bangunan kem berkenaan.

“Norihan dilihat bertambah sihat dan ceria, malah beliau memaklumkan tidak sabar untuk kembali menjalankan operasi di lapangan. Kami juga gembira melihat keadaannya yang semakin baik.”

Norihan, yang dipindahkan dari Hospital Tunku Fauziah (HTF) di Kangar ke HPP pada 25 Nov lalu, selamat menjalani pembedahan mengeluarkan satu daripada tiga butir peluru dalam badannya.

Dalam insiden 3.10 pagi 24 Nov itu, Norihan dan rakan setugas, Baharuddin Ramli, 54, berbalas tembakan dengan sekumpulan penyeludup di sempadan Malaysia-Thailand.

Baharuddin terbunuh, manakala Norihan cedera parah. Mereka berdua ialah anggota Batalion 3 (Senoi Praaq), Briged Utara, PGA, yang terlibat dalam Operasi Benteng. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.