`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, December 18, 2020

2021 Is Going To Be A Worse Annus Horriblis For Muslims - Tuan-Tuan Sila Baca Kesimpulan (B Melayu)

 annus horribilis :  NOUN,  a year of disaster or misfortune.

AND THIS MUST BE RELATIVELY SPEAKING. Meaning when compared to other non Muslim people.

At first I thought of saying 'Islamic countries' but the fact is there are Muslim groups or Muslim societies living amongst rich Western countries or amongst wealthy multi-cultural Asian countries who will also likely face problems in 2021. 

So wherever they are, in an Islamic country, in a non Islamic country, whether they are in the majority or they are in the minority, the Muslims are going to face more problems than most non Muslims.  

This applies especially economically (No. 1 problem), politically and socially.  Again when compared to other non Muslim societies in the area.   Because everything is always relative. 

Here is a survey done by The Guardian newspaper to determine how the Arab countries are doing 10 years after the Arab Spring of 2011. 



Arab spring: 10th anniversary.
Life has got worse since Arab spring, say people across Middle East
Exclusive: Guardian-YouGov poll 
majority in 9 Arab countries feel inequality has increased
by Michael Safi in Tunis

majority in 9 Arab countries feel life significantly unequal than before 
Arab Spring uprisings, civil wars, unsteady progress a decade ago
2010 mass demonstrations, revolutions spread across region
2019 :  overthrow of Sudan dictator, protest in Lebanon, Algeria, Iraq

every country agreed living conditions deteriorated since 2010
hopelessness and disfranchisement in Middle East increased
Worse off than before
worse in Syria (75%), Yemen (73%), Libya (60%)
street protests, civil wars, foreign intervention shattered each country 
Egypt, Tunisia, Algeria, Sudan, Iraq anti-regime movements emerge (again)




  • A generational divide
  • children face worse futures than before Arab spring 
  • Tunisia - An unhappy democracy
  • Even in Tunisia deep disillusionment
  • stagnant economic growth, high unemployment, pandemic
  • 50% of Tunisians said they were now worse off
  • improvements in civil rights did little to dissolve dissatisfaction 

(OSTB :  A society does not live on civil rights alone. They need jobs, bread and butter).


Social contracts still broken
social contracts torn up
small elite rich at expense of majority
since 2010 inequality significantly worse
92% Syrians, 87% Yemenis, 84% Tunisians
70% Algerians, Iraqis felt same way
also 68% of Egyptians

  • 50% Egyptians felt right to express themselves diminished 
  • Ambivalent Egypt
  • plurality of Egyptians unsure if better life today than decade ago


My comments :

Tuan-tuan kita tidak perlu kepada Survey oleh media Mat Salleh seperti The Guardian untuk memahami bahawa negara Islam seluruh dunia (terutama sekali negeri Arab dan Afrika) menhadapi pelbagai masalah tanpa putus.

Dalam negara kita sendiri, sampai hari ini, kita boleh jumpa pelarian Islam (refugees) dari seluruh pelusuk dunia Islam  yang datang ke sini bukan atas pilihan yang sukarela dan bebas tetapi seringkali untuk menyelamatkan diri daripada dibunuh, ditembak atau diburu oleh masyarakat mereka sendiri. Atau mereka tidak mempunyai peluang hidup yang sanggup menyediakan makanan tiga waktu sehari pun. Air minum yang bersih pun sangat kekurangan. Jauh lagi rakyat marhaen boleh masukkan anak-anak mereka dalam sekolah yang baik dan selesa atau menjumpai hospital yang mempunyai doktor dan ubat yang cukup.    

Dalam pelbagai masalah yang wujud di negara Islam antaranya yang paling mudah diperbaiki atau dimajukan adalah ekonomi negara mereka. The economy is the easiest to fix.

Dan caranya adalah sangat mudah. Ekonomi kesemua negara Islam tersimpul dan tercekik oleh monopoli, oligopoli, syarat-syarat kerajaan yang tak masuk akal dan pelbagai halangan yang memiskinkan rakyat marhaen dan lebih menguntungkan golongan elit, golongan politik, kroni dan orang berpengaruh. 

Contohnya peristiwa Arab Spring tercetus di Tunisia pada 2011 apabila seorang penjaja buah-buahan di tepi jalan bernama Mohamed Bouazizi 26 tahun, ditampar oleh seorang Polis (wanita?) dan dihalang berniaga kerana Mohamed tidak mempunyai lesen niaga dan tidak mampu bayar duit rasuah yang diminta Polis itu.  Pihak penguasa perbandaran sengaja tidak mahu meluluskan permit untuk membuli penjaja dan lebih mudah kutip duit rasuah. 

Kerana terlalu kecewa dan terdesak maka Mohamed telah membakar dirinya di khalayak ramai.  Kematian Mohamed Bouazizi telah mencetuskan protes yang besar-besaran yang telah menggulingkan kerajaan Tunisia. Dalam sekelip mata saja bantahan ini telah menjadi Arab Spring yang menggulingkan sistem kerajaan dan pentadbiran yang bodoh, tidak adil dan zalim yang menjadi kelaziman di banyak negara Arab.  

Arab Spring boleh merebak dengan begitu pantas sebab memang masyarakat Arab semuanya menyimpan bara dan dendam yang terpendam. 

Tetapi setelah 10 tahun berlalu apakah keadaan masyarakat Arab seluruh dunia? Jawapannya mereka masih frustrated, mereka masih miskin, mereka masih bunuh membunuh sesama sendiri, berperang, mereka timbul tenggelam di lautan dalam percubaan lari ke Eropah daripada keadaan 'sh_t hole' mereka. 

Mereka masih tidak boleh berdikari atau majukan status ekonomi mereka. 

Tetapi permit penjaja hanya sebahagian paling terkecil sahaja daripada masalah mereka. Yang lebih penting adalah "permit-permit besar" untuk projek-projek kerajaan saiz gergasi (jalanraya, jambatan, projek pembangunan kerajaan, permit impot, lesen monopoli import bahan makanan, lesen monopoli lombong, gali minyak dsbnya) yang melibatkan taxpayers money atau duit rakyat atau harta khazanah negara.

Permit-permit besar seperti ini dan peluang-peluang hidup yang besar seperti ini hanya boleh dimimpi oleh rakyat marhaen. Peluang-peluang besar seperti ini dikhaskan bagi golongan atasan, golongan politik, golongan berpengaruh, golongan elit, golongan yang berpegang kuasa  dsbnya.

Sebenarnya inilah masalah paling besar (dan juga solution atau penyelesaiannya yang paling mudah)  yang telah menjadikan masyarakat negara Islam dan masayarakat negara Arab menjadi miskin, bodoh, papa kedana, hidup dalam kecewa dan segala gejala buruk mereka.

Solution atau penyelesaiannya adalah terlalu mudah. Mereka hanya perlu hapuskan segala jenis monopoli, oligopoli, segala jenis kronisme, menyekat peluang ekonomi mengikut warna bulu, warna kulit, bahasa, bangsa, agama dan begitu.

Terutama sekali apabila peluang ekonomi itu bergantung kepada projek kerajaan yang dibayar dengan menggunakan taxpayers funds atau hasil cukai daripada duit rakyat marhaen yang dipaksa membayar cukai.  

Saya melihat bahawa di hampir semua negara Islam - golongan atasan, golongan politik, golongan berpengaruh, golongan elit, golongan kroni, golongan yang berpegang kuasa  dsbnya telah sangat ariff akan keberada-an sebuah kolam yang luas, dalam dan jernih airnya di negara masing-masing yang hanya mereka boleh minum, mandi dan menyelam di dalamnya. Kolam ini adalah kolam taxpayers' funds atau hasil cukai yang dikutip daripada rakyat marhaen.  Inilah sumber kekayaan mereka.

Dan satu lagi adalah lesen monopoli dan oligopoli - terutama sekali lesen impot dan ekspot bahan makanan - yang berjaya di kemut oleh golongan elit ini.  

Pada tahun 1983 seorang sahabat saya berbangsa Iran menceritakan dengan begitu marah dan dukacita bagaimana puak ayatollah di Iran monopoli lesen ekspot kacang pistacchio nuts dan ekspot Beluga caviar (telur ikan Sturgeon di Laut Caspian) di Iran. Puak lebai di Iran menggunakan kuasa mereka untuk memperkayakan diri mereka dulu. Rakyat Iran pula boleh menjadi pelarian refugee yang pernah banjiri negara kita dulu.

Di Afghanistan pula terdapat Maulana Diesel yang famous. Namanya disebut Maulana Diesel sebab maulana itu control impot minyak diesel di Afghanistan. Begitu juga maulana yang terlibat pemprosesan dan ekspot opium dan heroin di Afghanistan - sehingga hari ini. 

Malang sekali bagi orang Islam, terutama sekali orang Arab, sewaktu mereka tenggelam timbul dalam laut dalam percubaan melarikan diri ke Eropah dan tempat lain  - mereka tidak boleh nampak atau faham dalam kepala otak mereka bahawa negeri-negeri Eropah yang ditujui mereka itu untuk mencari hidup baru telah lama hapuskan ekonomi monopoli, ekonomi oligopoli, ekonomi kroni, ekonomi elit dsbnya yang memakan taxpayers funds atau hasil cukai daripada duit rakyat.

Jika Volvo berjaya monopoli pasaran kereta tempatan di Sweden atas daya usaha mereka sendiri dan dengan menggunakan duit mereka sendiri dan bersaing di pasaran yang terbuka (open market competition) maka itu adalah hasil kejayaan mereka sendiri. Ia tidak melibatkan taxpayers funds atau hasil cukai duit rakyat.

Pasaran kereta di Sweden adalah terbuka dan siapa pun boleh impot kereta dari mana pun untuk dijual kepada pengguna di Sweden, tanpa permit, AP atau cukai yang tinggi.

Tetapi Volvo tidak akan dibenarkan menjual lori, bas atau tractor Volvo kepada Kerajaan Sweden menerusi "rundingan secara terus".  Jika mereka ingin mencuba untuk mendapat kontrak Kerajaan maka Volvo mesti bersaing secara telus dan terbuka dengan syarikat kereta lain, termasuk kereta impot. Sebab  kontrak Kerajaan melibatkan penggunaan taxpayers funds atau hasil cukai duit rakyat. 

Tuan-tuan, rundingan secara terus sebenarnya adalah kata-laluan untuk monopoli. Rundingan secara terus maksudnya Dato Pi'ah seorang saja akan dapat kontrak. Orang lain tak boleh. Dato Piah akan menjadi kaya daripada makan taxpayers funds atau hasil cukai duit rakyat. Bolehlah dibeli kereta Rolls Royce, motor besar RM888,000 dsbnya. Dan jika Dato Pi'ah jadi bankrap pula, kemungkinan besar dia akan di bail-out oleh kerajaan dengan menggunakan taxpayers funds juga.  

Monopoli dan oligopoli itu adalah perbuatan haram sebab puak monopoli dan oligopoli boleh meletak harga ikut suka hati mereka. Sebab tiada persaingan bagi menentukan harga mengikut pasaran. Inilah riba yang sebenarnya - mendapat untung atas angin yang boleh berlipat kali ganda. 

Jadi tentu sekali monopoli, oligopoli, rundingan secara terus dsbnya yang melibatkan kontrak Kerajaan dan taxpayers funds bukan saja akan merugikan duit rakyat tetapi yang lebih merosakkan ekonomi negara ialah monopoli, oligopoli dan rundingan secara terus menyekat peluang hidup bagi orang lain, terutama sekali rakyat marhaen. 

Maka rakyat marhaen di negara Arab (contohnya) terpaksa tenggelam timbul di tengah Lautan Mediterranean sebagai "pelarian" yang mencari negeri Eropah yang tidak mempunyai sistem ekonomi 'rundingan secara terus', 'monopoli' dan 'oligopoli'. 


Sewaktu mereka sedang menyelamatkan diri dalam tenggelam timbul di laut itu mereka menaruh harapan besar bahawasanya apabila mereka sampai di Eropah nanti mereka boleh mendapat lesen atau permit penjaja, permit perniagaan, permit impot atau ekspot tanpa perlu bayar rasuah, tanpa perlu mencari cable connection dengan orang politik dsbnya.  

Jadi inilah gejala ekonomi besar yang memiskinkan umat Islam di semua negara Islam di dunia termasuk dalam negara kita. 

Dan sepertimana Tuan-tuan dapat faham (I hope so) solutionnya atau penyelesaiannya adalah terlalu mudah. Ianya tidak perlukan sebarang perbelanjaan wang pun. Peruntukan Bajet 2021, undi percaya, undi tak percaya semua tidak perlu. We can save so much trouble.

Solutionnya just break open the market. Kita hanya perlu kepada pasaran bebas. Sebiji serupa seperti di negara Eropah yang menjadi sasaran pelarian Arab dan pelarian Islam dari negara-negara Islam.  

Jika kita hapuskan semua jenis monopoli, oligopoli, rundingan secara terus, sekatan ekonomi ikut bangsa, agama dsbnya maka percayalah ekonomi kita akan maju lebih pesat daripada ekonomi negara Eropah. Semua rakyat marhaen dalam negara kita akan berpeluang menjadi kaya raya.

Orang Eropah pula akan sanggup tenggelam timbul di lautan untuk mendarat di pantai kita. 


Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.