`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, December 26, 2020

Polis nafi stadium tertutup Shah Alam tempat tampung pesakit COVID-19

 

Pemangku Ketua Polis Selangor Arjunaidi Mohamed mengesahkan berita stadium tertutup Shah Alam dijadikan tempat menampung pesakit COVID-19 adalah palsu. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Polis menafikan sekumpulan individu ditempatkan di sebuah stadium tertutup di Shah Alam susulan berlaku kesesakan di Hospital Sungai Buloh yang tidak dapat menampung jumlah pesakit COVID-19 seperti tular di media sosial.

Pemangku Ketua Polis Selangor Arjunaidi Mohamed mengesahkan berita yang disebarkan melalui video klip itu adalah palsu.

“Masyarakat diminta bertenang dan tidak mudah terpengaruh dengan sebarang bentuk berita palsu yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Arjunaidi turut menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang perkongsian atau menyebarkan berita yang diperoleh daripada sumber tidak sahih.

Beliau berkata, perbuatan itu boleh mencetuskan suasana panik, tidak harmoni dan menggugat ketenteraman awam sambil meminta orang ramai mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa terlebih dahulu mengenai kesahihan sesuatu isu atau berita. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.