`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, December 7, 2020

Umno tolak kerjasama dengan PH, pertahan kerajaan Perikatan di Perak

 

(Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR : Umno memutuskan untuk mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Perak susulan perubahan kepimpinan di negeri itu, kata kenyataan Majlis Kerja Tertinggi Umno.

Kenyataan ringkas itu bererti Umno menolak sebarang cadangan mendapatkan kerjasama Pakatan Harapan untuk menyokong calon Umno sebagai menteri besar baru negeri itu.

Dalam kenyataan selepas mesyuarat MKT parti yang dipengerusikan Ahmad Zahid Hamidi, Umno menyatakan komitmennya kepada gagasan PN untuk terus menerajui Perak.

“Mesyuarat memutuskan agar kerajaan PN Perak yang melibatkan Adun Umno, PAS dan PPBM, perlu terus dipertahankan,” menurut kenyataan itu tanpa mengulas lanjut.

Zahid dijadualkan ke Ipoh esok untuk menghadap Sultan Perak bagi menyampaikan cadangan calon Umno untuk mengisi jawatan menteri besar Perak.

Pengerusi Umno Perak Saarani Mohamad dijangka dicalonkan sebagai MB baharu, menggantikan Ahmad Faizal Azumu yang tewas dalam undian usul percaya terhadap kepimpinannya di DUN Perak minggu lalu.

Usul itu disokong oleh 24 daripada 25 Adun Umno selain Adun Pakatan Harapan, sekali gus mencetuskan spekulasi Umno dan PH akan bekerjasama dalam pembentukan kerajaan baharu Perak.

Faizal adalah timbalan presiden PPBM dan kejatuhannya sebagai MB menimbulkan ketegangan dalam hubungan parti itu dengan Umno.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini berkata segala usaha harus diambil untuk memastikan kerajaan baharu Perak tidak dikuasai oleh pembangkang. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.