`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, March 20, 2021

All England: Harapan Pearly-Thinaah ke separuh akhir musnah

 

Pasangan muda negara Pearly Tan-M Thinaah, yang dinobatkan sebagai juara Terbuka Switzerland baru-baru ini, gagal mara ke pusingan separuh akhir kejohanan All England setelah tewas 21-12, 20-22, 21-16 kepada pasangan Nami Matsuyama-Chiharu Shida dari Jepun. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Harapan gandingan Pearly Tan-M Thinaah, yang dinobatkan sebagai juara Terbuka Switzerland baru-baru ini untuk melangkah ke peringkat separuh akhir kejohanan All England 2021, musnah apabila tewas kepada pasangan Nami Matsuyama-Chiharu Shida dari Jepun dalam saingan suku akhir.

Pearly-Thinaah menampilkan persembahan yang baik pada awalnya, sebelum tewas kepada pasangan Jepun itu dengan 21-12, 20-22, 21-16, dalam masa sejam, di Utilita Arena di Birmingham.

Selepas permulaan yang goyah di set pertama, Pearly-Thinaah enggan menyerah kalah di set kedua apabila mereka bangkit kembali untuk membawa perlawanan ke set penentuan.

Namun di set ketiga, pasangan muda negara yang diletakkan sebagai pasangan bukan pilihan, gagal mengembalikan kehebatan mereka, dan tewas kepada pasangan pilihan kelima kejohanan.

Pasangan Nami-Chiharu akan berhadapan dengan rakan senegara, Mayu Matsutomo-Wakana Nagahara hari ini untuk melangkah ke pentas final, Ahad ini

Terdahulu pemain perseorangan utama negara Lee Zii Jia mengejutkan pemain nombor satu dunia Kento Momota dari Jepun untuk mara ke peringkat separuh akhir kejohanan badminton tertua dunia itu.

Zii Jia menewaskan pilihan pertama Momota dengan 21-16, 21-19 dalam masa 55 minit, dan seterusnya akan berhadapan dengan Mark Caljouw dari Belanda, hari ini.

Cabaran Malaysia yang tinggal kini bergantung pada dua pasangan beregu campuran yang melibatkan pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016, gandingan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, akan berentap dengan pasangan dari Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue.

Pasangan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing juga mengintai peluang untuk ke peringkat separuh akhir, dan dijadual bertemu pasangan Jepun Yuta Watanebe-Arisa Higashino pada suku akhir. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.