`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, March 20, 2021

Covid-19: SK Bukit Jenun di Pendang ditutup sementara

 

Pengarah Kesihatan Kedah Mohd Fikri Ujang berkata, SK Bukit Jenun ditutup sehingga ujian calitan kontak rapat di diperolehi dan Jabatan Kesihatan Negeri membuat keputusan penutupan itu boleh ditamatkan. (Gambar Facebook)

ALOR SETAR: Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jenun dekat Pendang ditutup sementara sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak susulan kes Covid-19 di sekolah itu.

Pengarah Kesihatan Kedah Mohd Fikri Ujang berkata, sekolah itu ditutup sementara bagi proses sanitasi, selain mengesan kontak rapat untuk proses pengambilan ujian calitan.

“Sekolah akan ditutup sehingga ujian calitan kontak rapat di sekolah diperoleh dan Jabatan Kesihatan Negeri akan membuat keputusan sama ada penutupan sekolah itu boleh ditamatkan,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Sebelum ini, tular di laman sosial mengenai notis perintah tutup premis yang dilekatkan di sekolah itu bahawa penutupannya bermula 2.30 petang semalam adalah bagi tujuan proses sanitasi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.