`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, July 12, 2021

Matematik buah durian : Bila kita bodoh kita miskin lah.

 

Tuan-tuan, saya jumpa maklumat tersebut di Internet. Ini berkenaan hasil buah durian bagi setiap pokok durian, harga jualan dsbnya.

  • Average about 50 to 70 fruits per tree. 
  • After the 4th year of producing, average 100 fruits per tree and keeps increasing. 
  • Maximum about 250 fruits per tree. 
  • The price of musang king durian in Malaysia average about RM40 per kg. 
  • Each durian can weigh from 2 to 3 kg.

Jadi tuan-tuan, ini sedikit matematik dia :

Setiap pokok katakanlah 200 buah durian. 

Setiap buah durian beratnya katakanlah 2kg.  

Maksudnya setiap pokok hasilnya adalah 200 x 2kg = 400kg.

Harga satu kg Musang King katakanlah RM40 se kilo. 

Jadi setiap pokok hasilkan 400kg x RM40 = RM16,000. 

Jadi 15,000 batang pokok durian di Raub yang seronok ditebang oleh Menteri Besar Pahang dan geng-geng dia bakal hasilkan :

15,000 pokok x RM16,000  =  RM240 JUTA !!

Daripada kawasan seluas 101 hektar sahaja atau 247 ekar tanah.

Jadi tuan-tuan. ekonomi tempatan di Raub, ekonomi negeri Pahang dan negara kita telah kehilangan nilai ekonomi (economic value) sebanyak RM240 JUTA !! 

Dalam sekelip mata sahaja. 

Cuba bayangkan RM240 Juta itu lah yang bakal bayar duit minyak lori angkut, bayar gaji driver lori, bayar gaji pekerja kebun, bayar gaji pekebun durian, bayar sewa rumah mereka, bayar beli baja untuk pokok durian, bayar beli pam air, beli paip plastik, bayar sewa tractor, bayar bulanan kereta mereka (kemungkinan besar financing daripada bank tempatan juga), bayar beli barang pasar di Raub, bayar beli barang di supermarket, bayar gaji pekerja supermarket dan semuanya sekali. 

RM240 Juta nilai ekonomi (economic value) telah terhapus dalam sembilan hari sahaja.  

Lepas itu kita garu kepala cuba memikir apakah sebabnya tiada peluang kerja bagi anak-anak kita? 

Kita garu kepala pasal apa begitu ramai sekali bebudak lepasan SPM di kampong-kampong di Pahang, Kedah, Kelantan, Perak dsbnya duduk berdungu saja atas tangga rumah, tak ada peluang hidup, tak ada peluang pekerjaan, tak ada apa pun.


 

Harga sayur Cameron Highlands sudah naik. Duit pasar Puan Limah makin tak cukup.

Sekarang harga durian pula pasti akan naik lagi.  Durian akan menjadi makanan orang kaya saja. Rakyat biasa boleh rasa bau-bau saja lah.

Pandai lah kau orang jaga negeri.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.