`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, July 30, 2021

Jangan berhimpun atau tindakan akan diambil, kata Ketua Polis KL

 

Ketua Polis Kuala Lumpur Azmi Abu Kassim berkata sebarang perhimpunan tidak dibenarkan kerana negara masih berada dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara.

PETALING JAYA: Polis akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang menganjurkan sebarang perhimpunan dan berhimpun di sekitar ibu negara, esok.

Ketua Polis Kuala Lumpur Azmi Abu Kassim, berkata tidak ada pihak yang dibenarkan berhimpun kerana negara masih berada dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Katanya, orang ramai harus mematuhinya, jika tidak tindakan akan diambil atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP).

“Semua orang diminta patuh kepada SOP yang ditetapkan dalam tempoh pelaksanaan PPN ini. Tidak ada seorang pun individu boleh berhimpun dan mereka boleh diambil tindakan jika didapati melanggar SOP,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Beliau mengulas sebuah poster tular yang mengajak orang ramai turun ke jalanan sebagai tanda bantahan terhadap kerajaan.

Perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan’ dijangka diadakan di Dataran Merdeka pada jam 11 pagi esok.

Sementara itu, Azmi berkata sehingga kini polis belum menerima permohonan daripada mana-mana pihak untuk menganjurkan perhimpunan.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan yang dibuat di Parlimen pada Isnin bahawa kerajaan membatalkan semua Ordinan Darurat walhal ia belum lagi diperkenan baginda.

Sebelum ini, satu bantahan berskala kecil diadakan di Dataran Merdeka yang disertai 20 orang peserta berpakaian serba hitam.

Protes itu juga menyebabkan tiga penganjur Muhammad Nur Taufiq Azhar, Mohd Asraf Sharafi Mohd Azhar, dan Mohammad Alshatri Abdullah dikenakan denda RM2,000 setiap seorang kerana melanggar SOP. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.