`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, July 31, 2021

Muhyiddin Tidak Wajib Letak Jawatan

 

(Utusan Online) – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak wajib meletak jawatan hanya semata-mata kenyataan murka Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung pembatalan Ordinan Darurat dengan membelakangkan Seri Paduka.

Pengamal undang-undang, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz berkata, ia melainkan berlaku usul tidak percaya kepada Perdana Menteri dibentangkan di Dewan Rakyat atau kesemua menteri, timbalan menteri serta pengerusi-pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) meletak jawatan melebihi 10 orang.

Kata beliau, jika itu tidak berlaku, maka perlu tunggu apa-apa proses pengundian di Dewan Rakyat dengan memastikan usul ‘Kerajaan Gagal’ menerima sokongan majoriti.

Beliau berkata, sekiranya mana-mana dari cara tersebut berlaku, maka menurut Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan, jika Perdana Menteri kehilangan majoriti, maka beliau hendaklah meletakkan jawatan.

“Namun begitu, sebelum Perdana Menteri meletak jawatan, beliau boleh meminta perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen. Memandangkan keadaan Covid-19 sekarang ini, mustahil Seri Paduka Baginda akan memperkenankan perjalanan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Jadi Seri Paduka boleh melantik Perdana Menteri kesembilan Malaysia dalam kalangan mana-mana Ahli Parlimen yang Baginda percaya akan mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan yang lain tanpa perlu diadakan PRU-15 mengikut Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, prosedur untuk pelantikan dengan cara berkenaan boleh di buat Baginda tanpa perlu Muhyiddin menghantar surat perletakan jawatan.

Al-Sultan Abdullah hari ini menzahirkan rasa sangat dukacita dengan kenyataan dibuat di Parlimen bahawa kerajaan membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata, pembatalan semua Ordinan Darurat belum mendapat perkenan Seri Paduka.

Beliau berkata, Seri Paduka turut berdukacita kerana pembatalan semua Ordinan Darurat berkuat kuasa 21 Julai lalu yang dilakukan secara tergesa-gesa tanpa pembentangan di Parlimen bukan sahaja gagal menghormati prinsip kedaulatan undang-undang di dalam Rukun Negara.

Malah, tindakan tersebut membelakangi fungsi dan kuasa Seri Paduka selaku Ketua Negara yang bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri berdasarkan Perkara 40 (1) Perlembagaan Perlembagaan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.