`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, September 12, 2021

Alasan EXCO tak tutup hotel lebih awal seolah-olah salah KKM, kata Raja Bahrin

 

Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, EXCO Terengganu tidak patut menyalahkan pihak lain, sebaliknya perlu bertanggungjawab atas kelemahan dan kesalahan kerana Hotel Primula Beach milik kerajaan negeri.

PETALING JAYA: Pengerusi Amanah Terengganu menyifatkan kenyataan EXCO negeri, Alias Razak yang mendakwa mereka hanya menunggu arahan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menutup Hotel Primula Beach, selepas ramai pekerjanya dijangkiti Covid-19 sebagai alasan lemah.

Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, kerajaan Terengganu pimpinan PAS mempunyai wakil dalam Lembaga Pengarah Hotel Primula dan mereka sepatutnya memberi maklumat lebih awal kepada KKM bagi membolehkan premis itu ditutup lebih awal, bukannya selepas 21 hari Covid-19 menular sejak 16 Ogos lalu.

“Jawapan EXCO kesihatan yang mereka hanya menunggu dan menerima arahan dari KKM untuk menutup hotel seolah-olah KKM pula yang bersalah dalam isu ini.

“KKM hanya boleh mengeluarkan arahan mengikut maklumat diberi pihak hotel kepada mereka, seperti kes awal pada 16 Ogos, di mana bahagian dapur hotel sahaja diarah tutup dan kuarantin pekerja berkenaan kerana jangkitan di dapur sahaja pada masa itu,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, selepas campur tangan pihak luar, termasuk dari pihaknya yang memberikan maklumat berlaku penularan Covid-19, KKM terus mengeluarkan arahan menutup hotel tersebut pada 5 Sept.

Katanya, Elyas tidak patut menyalahkan pihak lain, sebaliknya perlu bertanggungjawab atas kelemahan dan kesalahan kerajaan negeri kerana hotel itu milik kerajaan negeri.

“Rakyat menuntut penjelasan dan hukuman denda yang adil dan setimpal atas kesalahan melibatkan risiko nyawa pandemik Covid-19.”

Beliau terkejut dengan pendedahan pekerja hotel terbabit yang dilaporkan FMT semalam bahawa terdapat ahli keluarga mereka dan ramai kakitangan dijangkiti Covid-19 akibat penutupan lewat hotel itu.

“Setelah mendengar rintihan pekerja melalui temubual FMT, kita lebih memahami situasi sebenarnya di mana pekerja takut akan keselamatan diri serta keluarga dengan sikap majikan Hotel Primula yang tidak bertanggungjawab.

“Bagaimana kluster begitu besar yang tercetus pada 16 Ogos, tetapi hotel hanya ditutup pada 5 Sept, iaitu selepas 21 hari?” soalnya.

Terdahulu, FMT melaporkan pekerja hotel terbabit menarik nafas lega susulan penutupan sementara premis itu, namun mendakwa tindakan itu lewat diambil, selepas puluhan pekerja dan kalangan ahli keluarga mereka dijangkiti Covid-19.

Pekerja terbabit berkata, walaupun banyak kes dikesan melibatkan pekerja hotel milik kerajaan negeri itu sejak bulan lalu, notis penutupan selama dua minggu hanya dikeluarkan pada 5 Sept. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.