`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, September 8, 2021

MAQIS rampas penyapu buluh China bernilai lebih RM65,000

 

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pahang merampas 2,350 unit penyapu buluh dipercayai dari China. (Gambar MAQIS)

KUANTAN: Sejumlah 2,350 unit penyapu buluh dirampas oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) hasil pemeriksaan di pelabuhan Kuantan, pagi semalam.

MAQIS Pahang berkata, rampasan bernilai RM65,946 itu dibuat selepas pihaknya menahan kontena yang cuba dibawa masuk tanpa permit import.

“Barang dagangan dipercayai dari China itu ditahan hasil pemeriksaan rutin dijalankan di Pelabuhan Kuantan selepas gagal mengemukakan permit import yang dikeluarkan oleh MAQIS.

“Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau keduanya,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) dan sabit kesalahan boleh didenda mengikut Seksyen 11(3), katanya.

MAQIS turut menasihatkan pengimport supaya mematuhi syarat ditetapkan kerajaan bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.