`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, September 24, 2021

Persuratan Antara Orang Besar & Orang Kaya Pasal Harta Kepunyaan Rakyat Marhaen

 



https://www.msn.com/en-my/news/national/ex-ft-minister-backed-private-developer-s-bid-for-kl-land/ar-AAOLI30?ocid=msedgntp

Former minister helped developer obtain approval for transfer of land in 2019 

despite PH policy no issue support letters, including by way of minister’s minutes

FT minister (PH) personally ensured letter by developer attended to 

MalaysiaNow has sighted a copy of the said letter

company wrote to minister seeking to acquire plot of land in KL for development 

FT Lands and Mines approved application in Dec 2017, revoked in Nov 2018

company appeal directly to minister in Dec 2018

minister instructed his pol-sec to refer matter to land office

informed company application referred to land office, minister “no objection”

Nov 2019, another appeal, minister left handwritten note for KSN and KL mayor: 

“Hope this can be approved as it is in line with the FT ministry’s vision.”

checks by MalaysiaNow revealed several familiar names among directors 

A sibling of a former PM holds controlling interest in the entity.

request by minister made even as PH said doing away with support letters 

  • practice nonetheless continued
  • aide to Wan Azizah wrote letter to pol-sec edu minister endorsing caterer
  • Nov 2019, Salahuddin under fire for support letter RM1b tender to Nafas


My Comments :

Tanah itu tanah kepunyaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Maksudnya harta kepunyaan awam. Maksudnya harta kepunyaan kita rakyat marhaen.

Orang kaya dan developer kaya sudah gian kalau tak dapat tanah itu.

(Gian means suffering withdrawal symptoms).

Jadi sekali lagi kita melihat orang besar dan orang kaya dan orang yang pegang kabel besar boleh memperolehi harta kepunyaan rakyat.

Harta rakyat, duit rakyat, duit rakyat marhaen, duit pembayar cukai. 

Tak kira lah zaman Barisan Nasional, Pakatan Harapan, Perikatan Nasional atau sekarang (BN kahwin PAS dan PH) keadaan ini tidak berubah. Serupa saja. 

Orang kaya, orang besar dan orang berpengaruh masih boleh kaya dengan makan duit rakyat, duit umum, mereka boleh dapat harta kepunyaan rakyat.

Tuan-Tuan rakyat marhaen dapat apa?

Pemaju kaya boleh jadi lagi kaya dengan mengambil alih harta kepunyaan rakyat.

Saya tidak menyoal samada perbuatan mereka itu legal atau bukan legal. Kemungkinan besar perbuatan mengambil tanah itu semuanya ikut prosedur dan ikut peraturan dan ikut undang-undang.  It must have followed legal procedures. Tetapi mereka juga yang tetapkan prosedur dan peraturan. Mereka lebih faham prosedur dan peraturan. 

Tetapi soalannya boleh-ke Tuan-Tuan rakyat marhaen yang tanpa kabel dan tanpa pengaruh apa pun membuat permohonan untuk membeli atau ambil alih tanah itu?

Mat Salleh kata 'you will not have a snowball's chance in hell'. Maksudnya peluang Tuan-Tuan adalah KOSONG. 

Soalannya kenapa benda-benda macam ini masih boleh kekal?

Jawapannya ialah sebab Tuan-Tuan tidak ambil peduli.

Sebab Tuan-Tuan tidak bantah pun perbuatan seperti ini.

Tiada siapa pun di kalangan Tuan-Tuan yang faham pun apa yang sedang berlaku sebenarnya. 

Sebaliknya mereka boleh mainkan dan alihkan emosi Tuan-Tuan dengan kisah siapa bunuh Pegawai Bomba itu.  Padahal tiada siapa pun membunuhnya - dia dilanggar lori Bomba sendiri. Itulah yang disahkan doktor forensik di Mahkamah dan juga disebut IGP pada masa itu. 

Tetapi mereka tetap boleh permainkan emosi Tuan-Tuan.  Kalau di Bangkok atau di Jakarta lain lah ceritanya.

Mereka boleh memulas telinga Tuan-Tuan serupa ayah marah anak atau cucuk hidung Tuan-Tuan serupa orang tarik kerbau. 

Itulah yang sedang berlaku. 

Nothing has changed. Sebab Tuan-Tuan tak mahu ambil peduli. Ini semua salah Tuan-Tuan.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.