`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, September 2, 2021

Thursday Lite : Cadangan Calon Baru Untuk Perdana Menteri PRU 15

 Jadi PRU15 makin menjelang. Negara kita ketandusan calon baru untuk menjadi pemimpin.  Balik-balik wakil zaman dinosaur yang sama juga yang timbul. 




Seolah dalam negara kita dengan bilangan penduduk 32 juta manusia ini tidak ada lagi calon lain yang boleh membawa nafas baru dan pemikiran baru untuk majukan negara kita. 

Oleh yang demikian saya ingin membuat sedikit cadangan outsyed the box bagi memilih beberapa calon baru yang boleh menjadi pemimpin kita. 

Inilah gambar-gambar mereka.  Walaupun mereka kelihatan letih dan sudah tidur tetapi percayalah mereka ini mungkin masih muda daripada calon lain.

Yang makcik seorang itu serupa dengan makcik handbag kita juga.

Dengan bacaan mantera yang betul saya rasa mereka ini boleh di bangkitkan untuk menjadi calon perdana menteri bagi kita.

Sebab saya melihat  memang sudah proven atau terbukti bahawa paling ramai orang dalam negara kita senang dengan muka-muka pemimpin yang tidak berubah sejak Ummi Hafilda Ali masuk Darjah Satu. 

Jadi apa salahnya kalau tuan-tuan bagi pelunag kepada calon-calon yang 'mummified' ini untuk menjadi pemimpin juga. Cuba try lah - just for a change.

Tuan-tuan ask yourselves this question : can these mummified people do any worse than our leaders of the past 20, 30, 40 years? 

Do you think you will be worse off?  Manalah tahu, maybe you will be better off.

That handbag lady 'look-alike' looks ok. What do you think?



The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.