`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, August 7, 2022

Pemimpin PAS, Umno masih teruskan kerjasama, kata Takiyuddin

 

Takiyuddin Hassan berkata, PAS akan terus berusaha untuk mempertahankan MN demi perpaduan ummah dan penyatuan nasional. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kerjasama antara pemimpin PAS dan Umno masih diteruskan, walaupun pemimpin Umno menganggap hubungan kedua-dua parti dalam Muafakat Nasional (MN) sudah berakhir.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata, perjumpaan antara pemimpin Umno dan PAS sentiasa diadakan, walaupun tiada mesyuarat membabitkan MN.

Katanya, PAS akan terus berusaha untuk mempertahankan MN demi perpaduan ummah dan penyatuan nasional.

“Kita memang ada usaha itu (kekal perpaduan dan MN). Selagi tak sampai masanya, kita akan teruskan demi perpaduan rakyat dan kestabilan negara.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Tidak ada mesyuarat MN pun, kita bertemu dengan pemimpin-pemimpin Umno. Kita sentiasa bertemu, waktu terdekat pun kita bertemu,” katanya menurut laporan Harakahdaily.

Mei lalu, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, kerjasama parti itu dan PAS melalui MN perlu dilupakan menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Ini kerana, katanya, parti itu sudah beberapa kali memberi ruang secukupnya kepada PAS untuk mempersetujui perkara terkandung di dalam piagam MN, namun ia tidak disepakati.

Jun lalu, Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan menyifatkan kerjasama Umno dan PAS dalam MN sudah “sampai ke surah terakhir”.

Katanya, tindakan PAS tidak menepati janji dan tidak konsisten adalah punca kerjasama dalam MN tergelincir kerana parti itu tetap memilih untuk menyertai PN.

MN dibentuk pada September 2019 sebagai persefahaman pilihan raya bagi menyatukan undi orang Melayu-Islam. Tetapi, hubungan dua parti itu semakin renggang, selepas PAS dan Bersatu membentuk Perikatan Nasional, ketika Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.