`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, January 28, 2023

Bersatu Terengganu mahu rampas 10 DUN milik Umno

 

Razali Idris berkata keutamaan PN ketika ini ialah mempertahankan 22 DUN yang dimenangi PN pada PRU14. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Bersatu Terengganu berhasrat untuk meletakkan calon di semua 10 kerusi DUN yang dimenangi Barisan Nasional pada PRU15 peringkat negeri akan datang.

Ketuanya, Razali Idris berkata hasrat itu dimaklumkan kepada pimpinan Perikatan Nasional Terengganu dalam perbincangan yang sedang berjalan.

“Perbincangan awal sudah bermula dan Bersatu pada asasnya mohon laluan bertanding di kerusi dimenangi Umno,” katanya kepada FMT.

Razali bagaimanapun berkata keutamaan ketika ini ialah mempertahankan semua kerusi PN.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Itu hanya hasrat kami di peringkat negeri…keutamaannya ialah mempertahankan kerusi DUN yang dimenangi (PN pada PRU14), dan merampas semua kerusi dimenangi Umno,” katanya.

Setakat ini, PAS akan bertanding di 22 kerusi DUN yang dimenanginya pada PRU14, tambahnya.

Sebelum ini Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata, pihaknya sedia mengagihkan kerusi DUN kepada Bersatu, mengesahkan PN ketika ini sedang berbincang mengenai agihan kerusi.

Pada PRU lalu, BN menang di 10 daripada 32 DUN, iaitu Kuala Besut, Jertih, Hulu Besut, Permaisuri, Langkap, Batu Rakit, Seberang Takir, Telemung, Bukit Besi, dan Kijal. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.