`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, January 1, 2023

Kerajaan Terengganu tanggung sewa rumah sementara mangsa banjir

 

Banjir gelombang kedua yang melanda Terengganu pada 18 Dis lalu menyebabkan lebih 40,000 rakyat terjejas dan terpaksa ditempatkan di 315 PPS di semua lapan daerah di negeri itu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar berkata kerajaan negeri akan menanggung kos sewa rumah sementara untuk mangsa banjir di Hulu Besut, baru-baru ini.

Katanya, mangsa di kawasan itu akan dibantu melibatkan kos sewaan rumah sementara melalui dana daripada kerajaan negeri dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).

“Jadi dengan dana sementara itulah mereka boleh mendiami rumah tertentu yang dibayar sewa dan mereka boleh berpindah ke rumah berkenaan,” katanya pada sidang media.

Samsuri berkata, kerajaan negeri dan Maidam sedang menguruskan proses penyediaan rumah sewaan sementara buat mangsa banjir itu.

Terdahulu, beliau memaklumkan mangsa banjir yang sebelum ini menetap di pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh Terengganu sudah pulang ke rumah masing-masing.

Namun, katanya masih ada sekitar 50 mangsa berada di PPS di Besut yang tidak dapat pulang disebabkan kerosakan teruk dialami rumah mereka.

Banjir gelombang kedua yang melanda Terengganu pada 18 Dis lalu menyebabkan lebih 40,000 rakyat terjejas dan terpaksa ditempatkan di 315 PPS di semua lapan daerah di negeri itu.

Kerajaan negeri sebelum ini turut mengumumkan pemberian bantuan tunai khas sebanyak RM1,000 kepada kira-kira 10,000 ketua isi rumah (KIR) yang akan diagihkan bulan ini hingga Februari. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.