`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, January 28, 2023

Noh kena 16 tuduhan ‘sabotaj’ parti punca dipecat, kata Umno Selangor

 

Ketua Umno Selangor Megat Zulkarnain Omardin, berkata semua tuduhan terhadap Noh Omar, ‘sudah dibuktikan’, malah telah dikaji dan disiasat Lembaga Disiplin.

KUALA LUMPUR: Ketua Umno Selangor Megat Zulkarnain Omardin mendedahkan tindakan parti terhadap Noh Omar susulan 16 pertuduhan dikenakan terhadapnya, termasuk dakwaan sabotaj pada PRU15.

Katanya, semua tuduhan terhadap bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang itu ‘sudah dibuktikan’, malah telah dikaji dan disiasat Lembaga Disiplin.

“Keputusan menggantung juga bukan berdasarkan beliau tidak bersetuju dengan usul (tidak pertanding jawatan presiden dan timbalan presiden) yang dibawa dalam PAU (Perhimpunan Agung Umno) lalu, tetapi ada 16 pertuduhan dibuat, yang mana beliau mensabotaj parti.

“Seperti yang kita ketahui, Umno meletakkan Habibah Mohd Yusof untuk bertanding di Parlimen Tanjong Karang, kemudian ada calon bebas, yang juga pegawai khas Noh sendiri.

“Jadi, adalah tidak benar sekiranya keputusan menggantung dibuat Lembaga Disiplin berdasarkan beliau tidak bangun menyokong usul (PAU) yang dibuat. Pendirian parti adalah kita mengamalkan demokrasi,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT), malam tadi.

Malam tadi, Setiausaha Agung Ahmad Maslan dalam kenyataan, berkata selain Noh, turut dipecat Umno ialah bekas ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin.

Selain itu, Ahmad berkata keahlian bekas naib presiden, Hishammuddin Hussein; bekas ketua penerangan, Shahril Hamdan; bekas Ahli Parlimen Jempol, Salim Sharif; dan pemimpin Umno Tebrau, Maulizan Bujang digantung selama enam tahun.

Megat ketika mengulas lanjut, berkata Noh sudah diberi ruang untuk menjelaskan (dakwaan sabotaj) termasuk diminta bertemu dengan Lembaga Disiplin sebanyak dua kali.

Katanya, walaupun Umno meluluskan pemecatan Noh, beliau boleh mengemukakan rayuan.

“Beliau boleh merayu dan tadi juga kita berbincang untuk semua orang mempunyai peluang merayu. Noh juga boleh merayu walaupun dia mahu keahliannya dipecat,” katanya.

Terdahulu, Noh berkata, pilihan terbaik adalah memecatnya selepas mesyuarat MKT memutuskan untuk menggantungnya selama enam tahun.

Beliau ketika ditemui pemberita, menyatakan beliau seorang berprinsip termasuklah tidak bangun menyokong usul PAU kerana ia didakwa tidak selari dengan perlembagaan parti malah mendakwa, dirinya juga bukan seorang pengkhianat parti.

Noh juga mendakwa, Lembaga Disiplin belum memanggilnya dan mempersoalkan bagaimana keputusan dibuat. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.