`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, January 17, 2024

2 maut terhidu karbon dioksida ketika cari besi, kabel

 

Kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I untuk tindakan lanjut. (Gambar Pixabay)

PETALING JAYA: Dua individu ditemukan maut di bilik penyimpanan tong gas sebuah kondominium di Kota Kinabalu pagi tadi, dipercayai kerana terhidu karbon dioksida.

Ketua Polis Kota Kinabalu Mohd Zaidi Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan mengenai dua mangsa tidak sedarkan diri dalam bilik yang tertutup di bangunan yang terletak di Jalan Istiadat itu pada 9.30 pagi.

Mohd Zaidi berkata, dua mangsa itu, masing-masing berusia 43 tahun, dipercayai ke bangunan itu untuk mencari kabel dan besi untuk dijual pada kira-kira 2 pagi tadi, menurut saksi.

Bagaimanapun, saksi yang kemudian gagal menghubungi salah seorang mangsa bertindak untuk mencari kedua-duanya.

“Bimbang sesuatu yang tidak diingini berlaku, saksi bersama seorang lagi rakan ke bangunan itu untuk mencari mangsa,” katanya, lapor Harian Metro.

Saksi kemudian menemukan kedua-dua mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam bilik penyimpanan tong gas yang terkunci, dan memaklumkannya kepada polis.

Sepasukan bomba kemudian dipanggil untuk membuka pintu bilik tersebut, namun kedua-dua mangsa didapati telah meninggal dunia.

Kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) untuk tindakan lanjut.

Mohd Zaidi berkata, hasil siasatan di lokasi, pihaknya tidak menemui unsur jenayah dan tidak menolak kemungkinan mangsa meninggal dunia akibat terhidu karbon dioksida.

Setakat ini, kes diklasifikasikan mati mengejut, tambahnya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.