`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, January 18, 2024

5 dicekup gaduh depan restoran

 

Tangkap layar video tular menunjukkan sekumpulan lelaki merusuh menggunakan kayu di depan sebuah restoran di Bandar Baru Permas Jaya, Johor Bahru, Isnin lalu.

PETALING JAYA: Perselisihan faham dipercayai menjadi punca pergaduhan sekumpulan lelaki di depan sebuah restoran di Bandar Baru Permas Jaya, Johor Bahru, Isnin lalu.

Susulan kejadian, polis menahan lima suspek lelaki tempatan dalam serbuan di empat lokasi berasingan, semalam dan kelmarin.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Raub Selamat, yang mengesahkan kejadian itu, berkata polis menerima laporan petang kelmarin.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis menahan lima lelaki berusia 17 hingga 43 tahun. Turut dirampas, dua batang kayu rotan dan dua telefon bimbit.

“Siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan perselisihan faham antara semua suspek sehingga menyebabkan pergaduhan,” katanya dalam kenyataan, menurut Harian Metro.

Beliau berkata, semakan rekod lampau mendapati salah seorang suspek mempunyai tiga kes jenayah dan dadah.

Bagaimanapun katanya, ujian saringan air kencing mendapati semua suspek negatif dadah.

“Semua suspek direman sehari dan kes disiasat bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi 39 saat menunjukkan sekumpulan lelaki merusuh menggunakan kayu di depan sebuah restoran di lokasi terbabit. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.