`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, January 18, 2024

Gagal pindah daerah, polis tahan tokan dadah dikehendaki

 

Polis menahan suspek bersama dua lelaki berusia 24 dan 26 tahun dipercayai penagih dadah semalam.

PETALING JAYA: Cubaan seorang lelaki dipercayai “tokan” dadah berpindah daerah untuk meneruskan kegiatan sama gagal selepas dicekup dalam Op Tapis semalam.

Harian Metro melaporkan lelaki 32 tahun dikehendaki polis atas kesalahan dadah itu berpindah dari Kota Setar ke Sungai Petani untuk mencuba nasib.

Suspek mendakwa dia menyewa rumah di Taman Bandar Mutiara, Sungai Petani, sejak dua bulan lalu dan hanya akan keluar menjual dadah apabila ada pelanggan menghubunginya dengan pandu lalu di rumah berkenaan.

Ketua Polis Kuala Muda, Zaidy Che Hassan, berkata dalam serbuan 11 pagi semalam, suspek ditahan bersama dua lelaki berusia 24 dan 26 tahun dipercayai penagih dadah mengikut Seksyen 39B serta 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata, anggotanya merampas satu peket heroin dianggarkan seberat 46.14g dan tiga peket syabu 1.55g milik suspek.

“Kita percaya dia menjalankan aktiviti pengedaran dadah di daerah ini kira-kira dua bulan dan berpindah dari Alor Setar ke sini dan pemindahan itu disebabkan dia dikehendaki polis di Alor Setar,” katanya di IPD Kuala Muda hari ini.

Zaidy berkata, 17 lelaki dipercayai penagih dadah turut ditahan di Taman Bandar Mutiara dan Flat Paya Nahu untuk disiasat mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.