`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, January 18, 2024

Disyaki jual video aksi seks sendiri, lelaki ditahan

 

Pengarah JSJ Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata suspek bersama dua wanita direman lima hari bermula hari ini bagi siasatan. (Gambar fail)

PETALING JAYA: Seorang lelaki disyaki menjual ratusan video aksi seksnya bersama lebih 20 wanita di Telegram ditahan di Janda Baik, Pahang, semalam.

Suspek berusia 31 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman pada 2.30 petang. Polis turut menahan dua teman wanitanya berusia 23 dan 27 tahun.

Pengarah JSJ Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata lelaki itu dikesan melalui hasil maklumat dan risikan mengenai kegiatan mempromosikan aktiviti seks yang dirakam dan dijual di Telegram.

Suspek dikatakan menjual adegan hubungan seks dengan teman wanitanya sejak Julai tahun lalu, dan disyaki turut meniduri “pelanggan wanita” dalam saluran aplikasi Telegram, menurut laporan Berita Harian.

Shuhaily berkata, setakat 16 Jan, suspek didapati mempunyai 2,051 pelanggan untuk pakej 200 video dengan bayaran RM100, dan 622 pelanggan untuk pakej RM20 sebulan bagi 13 video.

Menurut polis, pelanggannya terdiri daripada lelaki dan wanita tempatan bekerjaya. Suspek bersama dua teman wanitanya direman lima hari.

Kes disiasat mengikut Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 292 kanun sama, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia.

Seksyen 372 KK berkenaan kesalahan menyalahguna mana-mana orang bagi tujuan persundalan, dengan perincian berkait pengiklanan. Seksyen 292 KK pula berkenaan menjual benda lucah. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.