`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, January 18, 2024

SPRM tahan 3 orang tengah kartel perolehan kem TLDM

 

Semua suspek lelaki berusia lingkungan 28 hingga 47 tahun itu ditahan ketika hadir di Pejabat SPRM Johor pada kira-kira jam 6 petang tadi. (Gambar Rawpixel)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu dipercayai orang tengah sindiket kartel kerja-kerja perolehan membabitkan sebuah kem Tentera Laut.

Semua suspek lelaki berusia lingkungan 28 hingga 47 tahun itu ditahan ketika hadir di Pejabat SPRM Johor pada kira-kira jam 6 petang tadi, lapor Sinar Harian.

Ketiga-tiga suspek dilaporkan ditahan kerana disyaki membuat tuntutan palsu dan menjadi dalang ‘kartel perolehan’ kepada 13 buah syarikat pembekal yang menguruskan kerja-kerja pembinaan di sebuah Kem TLDM melibatkan jumlah nilai perolehan keseluruhan melebihi RM9 juta.

Menurut laporan itu lagi, pembayaran penuh telah dibuat walhal pembinaan masih belum siap dengan sempurna.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor Azmi Alias memberitahu Sinar Harian, kes itu disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

“Semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada jam 8.30 pagi pada Jumaat bagi mendapatkan permohonan reman,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.