`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, January 18, 2024

Polis tahan lelaki, rampas lebih 13kg heroin

 

Suspek berusia 40 tahun itu direman seminggu untuk membantu siasatan, kata Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri. (Gambar Facebook PDRM)

PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki dipercayai pengedar dadah dan merampas dadah jenis heroin seberat lebih 13kg di tempat letak kereta Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Perak di Gopeng, semalam.

Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri berkata lelaki berusia 40 tahun dan tidak bekerja itu disyaki aktif melakukan aktiviti pengedaran dadah sejak awal tahun ini. Katanya, dadah yang dirampas itu juga disyaki untuk diedarkan di negeri itu.

Yusri berkata, suspek ditahan pada 9.25 malam oleh pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri dengan kerjasama anggota peronda lebuh raya (EMPV) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman.

“Hasil pemeriksaan di dalam kereta suspek (polis) telah menemukan dadah dipercayai jenis heroin dengan berat kira-kira 13.1kg yang dianggarkan bernilai RM111,000 serta turut merampas wang tunai berjumlah RM206.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine. Suspek juga mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan kes jenayah,” katanya menurut laporan Bernama.

Beliau berkata suspek direman selama seminggu bermula hari ini di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.