`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, September 24, 2024

Sultan Selangor titah percepat proses tindakan terhadap GISBH

 

Sultan Sharafuddin Idris Shah
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu tindakan lanjut ke atas isu Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) dipercepat. (Gambar Bernama)

SHAH ALAM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan proses tindakan lanjut berkaitan isu Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) dipercepatkan.

Menteri Besar Amirudin Shari, berkata perkara itu antara ditekankan Sultan Selangor ketika sesi pertemuan mingguan hari ini, selain baginda berpandangan pasukan siasatan perlu lebih cekap meneliti sebarang kesalahan berkaitan GISBH termasuk kes jenayah.

“Pada sesi pertemuan tadi, isu GISBH tidaklah dibincang secara spesifik, namun baginda meminta supaya tindakan lanjut dipercepatkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Esok, Dr Mohammad Fahmi Ngah (exco agama Islam dan pembudayaan inovasi) dijangka memberi beberapa penemuan mengenai perkara itu serta tindakan yang bakal diambil,
 katanya ketika ditemui selepas merasmikan penutupan Dialog Belanjawan Selangor 2025.

Beliau berkata, sesi menghadap yang menjadi rutin mingguan itu turut membincangkan beberapa keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) berkaitan isu dan hala tuju negeri Selangor.

Difahamkan, sesi menghadap kira-kira dua jam itu berlangsung di Istana Bukit Kayangan.

Dalam perkembangan sama, Amirudin berkata kerajaan negeri akan menguatkuasakan larangan pengoperasian premis kepada GISBH selepas memperoleh laporan penuh daripada polis dan Jawatankuasa Agama Islam negeri.

“Sudah tentu polis perlu menjalankan siasatan penuh dan menyerahkannya kepada kami (kerajaan negeri) bagi tindakan lanjut seperti tidak membenarkan mereka menggunakan premis di Selangor.

Namun, ia juga perlu berlandaskan fatwa dan peraturan daripada jawatankuasa agama yang akan bermesyuarat nanti. Ini bukan kali pertama kontroversi berlaku membabitkan mereka selepas kes Al-Arqam dan Rufaqa,
 katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.