`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, September 24, 2024

Persatuan Peguam Syarie tawar bantuan kepada mangsa GISBH

 

rumah amal
Persatuan Peguam Syarie meminta semua pihak menghentikan tindakan menuding jari dan menumpukan usaha bantuan serta pemulihan kepada mangsa GISBH. (Gambar PDRM)

PETALING JAYA
Persatuan Peguam Syarie (PGSM) menawarkan bantuan guaman dan pemulihan kepada wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH).

Presidennya, Musa Awang, berkata bantuan itu antaranya berbentuk nasihat guaman syariah, membawa permohonan ke Mahkamah Syariah berhubung pengesahan status nikah, pengesahan status nasab anak dan hak penjagaan anak.

PGSM berpandangan semua pihak wajar menghenti dan menamatkan tindakan menuding jari sesama sendiri, sebaliknya menumpukan usaha bantuan dan pemulihan, khususnya kepada wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa GISBH,
 katanya menurut Harian Metro.

Semalam, Ketua Polis Negara, Razarudin Husain dilaporkan berkata, siasatan polis mendapati GISBH dipercayai masih mengamalkan Aurad Muhammadiyah yang diharamkan pada 1994.

Katanya, 280 premis ada kaitan kumpulan itu diserbu menerusi fasa empat Op Global mulai 21 Sept lalu dan 156 individu terdiri daripada 80 lelaki dan 76 wanita ditahan, manakala 187 mangsa berusia 18 tahun ke bawah diselamatkan.

Musa berkata, pihaknya sudah menyampaikan hasrat itu dalam pertemuan dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan.

PGSM berharap usaha murni ini turut mendapat sokongan pihak kerajaan, agensi berkaitan serta Majlis Agama Islam Negeri. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.