`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, December 10, 2024

ORANG MELAYU MESTI BACA - ERDOGAN MENIPU UMAT ISLAM SEDUNIA. AZERBAIJAN TURKEY ISRAEL CONNECTION

 Tuan-tuan ingat tak bulan Julai sudah Erdogan mengancam akan bom Israel, akan serang Israel, hancurkan Israel dsbnya ekoran peperangan di Gaza dan selatan Lubnan ? Sila lihat news clipping berikut:



Ok tuan-tuan yang berikut ini adalah peta yang menunjukkan laluan sebatang pipeline minyak (oil pipeline) yang panjangnya 1,768 km yang bermula dari Baku di Azerbaijan dan berakhir di pelabuhan Ceyhan (Jaihan) di Turki (di laut Mediterranean). Pipeline ini telah siap dan mula beroperasi sejak 2006.


Apabila perang Gaza bermula pada Oktober 2023, puak Houthi di Yemen turut melancarkan serangan missile yang mensasarkan perkapalan di Laut Merah (Red Sea) yang menuju ke arah Terusan Suez (Suez Canal). Maka laluan perkapalan di Suez Canal tergendala sehingga menjadi 15% - 30% sahaja daripada volume perdagangan asal sebelum perang Gaza. 

Ini bermaksud bahawa pelayaran kapal tangki minyak melalui Suez Canal ke pelabuhan Israel juga sangat tergendala. Jadi Israel terpaksa mencari solution yang baru. Israel telah mula impot minyak dari Azerbaijan (sebuah negara Islam berbahasa Turki dan rakan karib Erdogan presiden Turki). 

Minyak Azerbaijan pula dihantar menerusi pipeline minyak tadi dari Baku ke pelabuhan Ceyhan (Jaihan) di Turki. Dari Ceyhan pula minyak itu diisikan dalam kapal tangki minyak dan diekspot ke Israel. Sila lihat peta berikut.  

 


Turki mempunyai saham hampir 7 peratus dalam syarikat 'BTC' oil pipeline Baku-Ceyhan itu. Walaupun saham mereka sikit tetapi minyak itu boleh disebut harga dua kali (sekali di Baku dan sekali lagi di Ceyhan) yang boleh memberi keuntungan besar kepada Turki. 

Gambar berikut menunjukkan sebuah kapal tangki minyak gergasi (bernama Seaviolet)  yang mengangkut minyak Azerbaijan di pelabuhan Ceyhan (Jaihan).

 


So what does all this mean tuan-tuan? Maksudnya presiden Turki Erdogan ini penipu besar dan hipokrit besar.  Dia telah mengancam akan serang Israel, akan mengebom Israel dan entah apa lagi kononnya dialah jadi hero pembela Palestin, pembela Masjid Al Quds, pembela umat Islam, layak menjadi khalifah dunia al Ikhwan al Muslimeen  dan entah apa lagi. Tapi when it comes to money, Erdogan main tikam belakang dan main pintu belakang. 
 
Bukan saja Erdogan menipu seluruh umat Islam sedunia tetapi lebih sedih ialah dia mempersendakan orang Arab yang tengah suffering di Gaza dan Lubnan. Dan especially because Erdogan mula jual minyak kepada Israel hanya SELEPAS perang Gaza bermula !! Hipokrit betul !!

On one side Erdogan menjual air liur percuma, kononnya pembela Gaza. 
On the other side dia jual minyak (dengan untung lebih) kepada Israel. 
Doing business with the enemy.
 
Saya melihat inilah gelagat hampir kesemua "pemimpin Islam" dalam dunia. Mereka menjual agama dan menjual maruah mereka untuk mendapat untung yang sedikit. What about the people? Bagaimana pula dengan hak rakyat biasa? Tuan-tuan, bagi mereka the rakyat biasa can go to hell.
 
Wa akhirul kalam, sila perhatikan dua gambar berikut. Kedua orang ini bergambar di masjid.

(Atas) 2014 - Buat kali pertama berdepan dengan dunia daripada mimbar Masjid Besar Mosul di Iraq. Kepala ISIS Abu Bakar Baghdadi pernah menang juara pertandingan lembu bodoh sedunia di Iraq. Tapi malangnya dia kehilangan kandang lembu. 


(Bawah) 2024 - Buat kali pertama berdepan dengan dunia di  Masjid Besar Ummaiyyah di Damsyik, Syria. Apakah Al-Jolani (Jailani) aka Ahmad al Shara akan memasuki pertandingan juara lembu bodoh sedunia yang terkini di Syria? Semoga Allah swt akan memberi hidayat kepada anak muda berusia 42 tahun ini. Allahuma solli alaykum.

 


Surah 9:107      وَٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُوا۟ مَسْجِدًۭا ضِرَارًۭا وَكُفْرًۭا وَتَفْرِيقًۢا بَيْنَ ٱلْمُؤْمِنِينَ وَإِرْصَادًۭا لِّمَنْ حَارَبَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ مِن قَبْلُ ۚ وَلَيَحْلِفُنَّ إِنْ أَرَدْنَآ إِلَّا ٱلْحُسْنَىٰ ۖ وَٱللَّهُ يَشْهَدُ إِنَّهُمْ لَكَـٰذِبُونَ    

Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan dan  keingkaran serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu. Dan  mereka akan bersumpah dengan berkata:" Tidaklah yang kami kehendaki melainkan untuk kebaikan semata-mata". Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta.
(Surah At-Taubah 9:107)


Surah 9:108     
لَا تَقُمْ فِيهِ أَبَدًۭا ۚ لَّمَسْجِدٌ أُسِّسَ عَلَى ٱلتَّقْوَىٰ مِنْ أَوَّلِ يَوْمٍ أَحَقُّ أَن تَقُومَ فِيهِ ۚ فِيهِ رِجَالٌۭ يُحِبُّونَ أَن يَتَطَهَّرُوا۟ ۚ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلْمُطَّهِّرِينَ    

Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula, sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka membersihkan dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (Surah At-Taubah 9:108).

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.