`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, December 22, 2024

Umno NS harap bahagi kerusi DUN sama rata untuk PRU

 

Jalaluddin Alias
Pengerusi Umno Negeri Sembilan Jalaluddin Alias kata Negeri Sembilan pada ketika ini kubu terkuat BN.

SEREMBAN
Umno Negeri Sembilan berharap rundingan kerusi antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan akan membawa kepada pembahagian kerusi secara sama rata untuk PRU.

Pengerusi Jalaluddin Alias berkata kerusi DUN wajar dibahagi 18-18, dengan BN mempertahankan kerusi sedia ada dan menyasarkan beberapa kerusi yang diduduki Perikatan Nasional.

“Kita sedang melakukan pelbagai usaha untuk mendapatkan lagi tambahan beberapa kerusi DUN, terutamanya di Serting, Gemas, dan Bagan Pinang,” katanya ketika berucap di Konvensyen BN Negeri Sembilan 2024.

BN menduduki 14 daripada 36 kerusi DUN di Negeri Sembilan, serta lima daripada lapan kerusi Parlimen.

Dalam pada itu, Jalaluddin menepis anggapan bahawa BN sekadar ‘menumpang’ PH untuk mentadbir negeri, mengingatkan bahawa kerajaan perpaduan Negeri Sembilan tidak akan terbentuk tanpa penglibatannya.

“Negeri Sembilan pada ketika ini antara kubu terkuat BN,” tegasnya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan dalam ucapannya menyeru ahli supaya membina ketenangan dan kesepakatan walaupun berbeza pandangan, menyifatkan ia sebagai penting untuk peroleh semula kekuatan.

“Perselisihan faham itu biasa tapi jangan menyebabkan parti kita jadi lemah,” katanya.

Beliau mengingatkan bahawa tiada orang mahu menyokong parti yang lemah dan kepimpinan saling bertelagah.

“Tidak ada siapa yang akan menyokong parti yang akan rebah,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.