
Ketua Polis Maelan Panya Utapao, berkata kejadian pertama sekitar 8.50 pagi waktu tempatan berlaku ketika pasukan polis sedang melakukan kawalan keselamatan di Kampung Pelakprue, Mukim Muang Tia.
“Ketika kejadian, kumpulan polis itu sedang meronda dengan menaiki tiga motosikal dan sebuah kenderaan pacuan empat roda. Secara tiba-tiba, satu letupan berlaku dan mencederakan sembilan anggota yang sedang bertugas,” katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.
Beliau berkata, kira-kira 20 minit selepas itu, satu lagi letupan bom berlaku di tepi jalan berdekatan.
“Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua bom itu dipasang pada tiang elektrik di tepi jalan,” katanya.
Panya memaklumkan bahawa semua anggota polis yang cedera telah dihantar ke Hospital Maelan untuk menerima rawatan, dan keadaan mereka kini dilaporkan stabil.
Menurut beliau, pihak polis sedang giat menjalankan siasatan untuk mengesan dalang yang bertanggungjawab terhadap kejadian itu.
Sebelum ini, pada 8 Mac, beberapa insiden letupan bom dan tembakan di wilayah Narathiwat dan Pattani telah mengorbankan lima nyawa serta mencederakan 13 individu lain. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.