`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Monday, March 3, 2025

Guna kebijaksanaan lulus RUU Perkhidmatan Parlimen, Anwar seru wakil rakyat

 

dewan rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen akan dibaca buat kali kedua oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat esok. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyeru ahli Dewan Rakyat menggunakan kebijaksanaan dalam meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen yang akan dibaca kali kedua oleh beliau esok.

Anwar yang juga menteri kewangan berkata proses untuk merangka pengasingan pentadbiran urusan dan kuasa Parlimen yang bebas itu bukan sesuatu perkara mudah kerana ia melibatkan perbincangan panjang antara speaker dan kakitangan serta pihak berkepentingan lain.

“Ini akan memberi satu ketetapan tentang kematangan proses demokrasi dalam negara, Parlimen itu sebagai mercu tanda kebebasan dan bersuara Ahli Parlimen.

“Bila ada kuasa, itu dimanfaatkan untuk melaksanakan program dan ini antara yang agak penting kerana ia sekali lagi menunjukkan keupayaan kita memperbaiki sistem pentadbiran demokrasi.

“RUU yang akan dibentangkan esok tentunya perlukan dukungan 2/3 Ahli Parlimen,” katanya semasa bercakap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

RUU Perkhidmatan Parlimen dibacakan kali pertama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said pada 24 Feb lalu.

Undang-undang itu adalah langkah perundangan yang penting ke arah memulihkan kebebasan pentadbiran Parlimen.

Bagaimanapun, ia mendapat kritikan pelbagai pihak antaranya oleh bekas menteri undang-undang, Zaid Ibrahim yang menyatakan ia dirangka dengan teruk dan tidak memberikan sebarang petunjuk mengenai tujuannya.

Berdasarkan Buku Biru, RUU Perkhidmatan Parlimen bertujuan menubuhkan sebuah majlis perkhidmatan Parlimen, dipengerusikan speaker Dewan Negara dengan speaker Dewan Rakyat, sebagai pengerusi bersama.

Ahli lain termasuk timbalan speaker Dewan Negara, dua timbalan speaker Dewan Rakyat, dua senator, empat Ahli Parlimen, seorang kerani daripada Dewan Negara dan Dewan Rakyat, tiga wakil tetap, ketua setiausaha perbendaharaan, ketua pengarah perkhidmatan awam, dan ketua pentadbiran Parlimen.

Majlis ditugaskan melantik dan menentukan syarat anggota perkhidmatan Parlimen, menyelia hal kewangan, melaksanakan program latihan, dan menguruskan hal ehwal perkhidmatan Parlimen. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.