`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, March 28, 2025

Gempa bumi: Rakyat Malaysia di Myanmar, Thailand selamat

 

Gempa bumi
Semua rakyat Malaysia di Myanmar selamat dan tiada yang tercedera di Thailand, susulan gempa bumi melanda Myanmar. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA
Semua rakyat Malaysia di Myanmar dalam keadaan selamat, menurut semakan awal Kedutaan Besar Malaysia selepas gempa bumi melanda negara itu.

Laporan awal juga mengesahkan tiada rakyat Malaysia tercedera di Thailand, yang turut merasai gegaran, kata Kementerian Luar Negeri.

Wisma Putra melaporkan gempa bumi pertama dengan magnitud 7.7 berlaku sekitar jam 1.00 tengah hari (waktu tempatan), dengan pusat gempa terletak di Wilayah Sagaing, barat laut Myanmar. Gempa kedua dengan magnitud magnitud 6.4 berlaku tidak lama selepas itu.

Gegaran susulan daripada kedua-dua gempa ini turut dirasai di Chiang Mai, Bangkok dan Ho Chi Minh City.

“Rakyat Malaysia yang berada atau dalam perjalanan ke Myanmar dan Thailand dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada, mengikuti perkembangan terkini daripada pihak berkuasa tempatan, dan mengambil semua langkah keselamatan yang perlu,” menurut kenyataan.

Terdahulu, Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra mengarahkan Bangkok diisytiharkan sebagai kawasan darurat, dan mobilisasi sumber untuk operasi bantuan gempa bumi.

Beliau menyatakan pakar meramalkan akan berlaku gegaran susulan, walaupun dijangka semakin berkurangan.

Wisma Putra berkata Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok yang terletak di Kronos Office Tower ditutup sementara bagi tujuan penilaian keselamatan.

“Buat masa ini, rakyat Malaysia dinasihatkan untuk tidak menghampiri kawasan premis Kedutaan yang sedia ada,” katanya.

“Sekiranya berlaku kecemasan atau gegaran susulan yang kuat, rakyat Malaysia di Bangkok dinasihatkan untuk berkumpul di Kompleks Kedutaan bersebelahan Sathorn Garden dan bukan di lokasi Kronos Sathorn Tower.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.