`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, March 15, 2025

Hadi cemburu lihat kami dalam kerajaan, kata pemimpin Umno

 

Free Malaysia Today
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Othman Desa meminta PAS yang diketuai Abdul Hadi Awang supaya melihat diri sendiri sebelum tegur parti lain.

PETALING JAYA
Seorang pemimpin Umno mendakwa Presiden PAS Abdul Hadi Awang mungkin cemburu melihat parti itu menjadi sebahagian kerajaan perpaduan sehingga beliau sanggup menggambarnya sebagai sesat.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi, Othman Desa menegaskan mereka tidak perlu mengikut gesaan Hadi supaya parti itu ‘kembali ke pangkal jalan’ selepas bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai DAP.

Beliau yang juga pengerusi veteran Umno berkata PAS sepatutnya melihat dirinya sendiri sebelum mahu menegur parti lain dan melihat kepada fakta termasuk berkait pembentukan kerajaan perpaduan pasca PRU15.

“Saya takut Hadi keluar kenyataan itu kerana cemburu Umno jadi kerajaan, apa asas beliau suruh kami ke pangkal jalan? Adakah sebab dah sesat?

“Beliau lupa kerajaan perpaduan ini diwujudkan atas arahan Yang di-Pertuan Agong sewaktu itu kerana tiada pemerintah, maka Umno sebagai parti berjiwa besar setuju bersama PH,” katanya kepada FMT

Semalam, Hadi menerusi catatan Facebooknya menggesa Umno kembali ke pangkal jalan dan mengkritik kerjasama dengan PH yang didakwanya didominasi DAP, disifatkannya parti membawa konsep sekular meminggirkan Islam serta kepimpinan Melayu dan Bumiputera.

Ahli Parlimen Marang itu mendakwa pemimpin Umno memilih bersama PH bukan menguatkan partinya sebaliknya lebih kepada usaha menyelamatkan diri daripada terjerat dalam kes mega rasuah selain mengaut jawatan serya projek mega.

Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin pula menyifatkan kenyataan Hadi sebagai keterlaluan sambil menambah walaupun parti itu bersama kerajaan perpaduan namun tidak bermakna mereka tidak prihatin terhadap batas Islam.

“Apa yang penting kerajaan yang didukung Umno boleh bawa manfaat kepada rakyat,” katanya yang parti mereka tidak lupa pengkhianatan Hadi sebelum PRU15 sehingga hubungan kedua-dua parti putus. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.